Tempahan Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro Telah Dibuka Tapi Di...

Chery secara rasminya membuka tempahan bagi model Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro untuk pasaran Indonesia sempena Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS).
Untuk info, Tiggo 8 Pro merupakan SUV tujuh tempat duduk dengan ciri-ciri premium yang terserlah melalui falsafah reka bentuk ‘Life in Motion 3.0’.

Berikut adalah perincian mengenai Tiggo 8 Pro:
• Jeriji hadapan berlian matriks geometri
• Lampu hadapan jenis LED
• Susun atur kokpit
• Sistem audio lapan pembesar suara Sony
• Pencahayaan ambien pelbagai warna
• Bumbung panoramik
• Upholsteri dwi-tona hitam dan coklat
• Panel instrumen 12.3 inci
• Skrin kawalan iklim 8-inci
• Skrin infotainmen
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi 12 fungsi termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Rempuhan Hadapan (FCW), dan juga kamera 360 darjah.
Dikhabarkan, Tiggo 8 Pro dijana enjin siri ACTECO generasi ketiga 1.6 TGDI yang menyalurkan 197 PS dan 290 Nm kepada roda hadapan melalui transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan.
Transmisinya tersebut mempunyai kecekapan sebanyak 96 peratus sekali gus membolehkan penghantaran kuasa yang lebih lancar.

Sementara itu, Tiggo 7 Pro yang merupakan ‘adik’ kepada Tiggo 8 Pro turut menampilkan jeriji hadapan berlian matriks geometri dengan bucu lebih tajam, lampu hadapan matriks LED pintar, lampu belakang through-type serta gaya bumbung terapung.
Berikut adalah ciri yang ada pada Tiggo 7 Pro:
• Panel instrumen LCD tujuh inci
• Skrin kawalan tengah 10.25 inci
• Skrin kawalan iklim lapan inci
• Kamera 360 darjah
• Skrin kawalan tengah yang lebih besar
• Ada pintu belakang elektrik induktif
• Pengecasan peranti mudah alih tanpa wayar
• Gearshift elektronik
• Ada arahan suara,
Bagi memberi keselesaan, ia dipasang dengan suspensi hadapan topang MacPherson bebas dan multi-link di belakang.
Malah, kesemua varian didatangkan dengan tempat duduk kulit, penghawa dingin dwi-zon automatik, enam beg udara dan kawalan kestabilan Bosch, manakala lebih 10 fungsi ADAS tersedia, termasuk kekal lorong, kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan.
Untuk info, Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro serta OMODA 5 merupakan antara model Chery yang sedang dirancang untuk pasaran Malaysia.
Chery kini sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan niaga tempatan ke arah mewujudkan operasi pemasangannya di sini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU5360
SELANGOR
BSU4924
JOHOR
JG296J
PULAU PINANG
PSG5583
PERAK
APM3640
PAHANG
CFJ1635
KEDAH
KGJ5152
NEGERI SEMBILAN
NEM3305
KOTA KINABALU
SJU6127
KUCHING
QAB7796P
Terakhir Kemas Kini 20 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge