Tiga Beranak Maut, 4x4 Rempuh Tiang
Kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Nissan Navara, telah meragut nyawa tiga beranak di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu, semalam.

Trak pikap yang hancur selepas terlanggar tiang jejambat (Foto: FB Info Bencana Pahang dan Luar Pahang)
Mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi jam 11.41 malam itu ialah pemandu trak pikap, Jimmykal Assam yang berusia 44 tahun dan dua anaknya, lelaki dan perempuan yang berusia belasan tahun.
Seorang lagi penumpang kenderaan yang juga anggota keluarga mangsa ialah kanak-kanak lelaki berusia lima tahun. Kanak-kanak tersebut cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).
Kemalangan ngeri ini menyebabkan tiga 3 beranak maut (Foto: FB Info Bencana Pahang dan Luar Pahang)
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendedahkan kemalangan tersebut berlaku apabila pikap terbabas secara tiba-tiba sebelum merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemaskini," katanya dalam kenyataan media.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lihat lebih video kemalangan ini di ruangan VIDEO di bawah.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat