Tips Pilih, Jaga Wiper Dengan Betul

Sejak akhir-akhir, kita dilanda dengan musim hujan, malah ada beberapa negeri pula dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan ada yang terpaksa berpindah dan tidak kurang juga kenderaan ditenggelami air.
Di sebalik cuaca ketika ini, adakah anda sudah memeriksa keadaan bilah pengelap cermin hadapan kereta anda?
Jika tidak, hari ini Caricarz ingin berkongsi beberapa tips untuk membantu anda menilai keadaan pengelap cermin kereta.

(Sumber Imej: Adobe)
Berikut adalah perinciannya:
Sebagai komponen yang mudah rosak, pengelap cermin kereta sebenarnya harus diperiksa dengan lebih kerap seperti mana anda memeriksa tayar dan minyak enjin.
Jika ada tidak tahu, sebenarnya ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa ia perlu digantikan segera seperti:
• Karat di hujung bilah
• Mula terpisah dari bingkai
• Tercabut
• Bunyi berdecit
• Bilah sukar bergerak
• Ada garisan di cermin kereta
Jika anda menemui tanda-tanda ini, maka, segeralah ganti pengelap cermin anda!

Mana nak tukar pengelap cermin kereta?
Seperti mana yang dinyatakan tadi, pengelap cermin depan adalah satu komponen yang mudah haus.
Ini bermakna ia perlu diganti dari semasa ke semasa. Penggantian pengelap cermin kereta sebenarnya bergantung pada kekerapan anda menggunakannya.
Mungkin anda tidak menjaga dengan betul misalnya:
• Terdedah di bawah sinaran matahari terlalu lama
• Kotor, habuk di celah bilah
• Terhakis gara-gara hujan asid
Jadi, ambil perhatian jika anda kurang menggunakan pengelap cermin dalam tempoh yang agak panjang juga boleh menyebabkan ia rosak dengan mudah.
Pendek kata, jika anda telah meletakkan kereta terlalu lama maka ada kemungkinan pengelap cermin depan sudah tidak boleh digunakan lagi.
Pada hemat saya, adalah lebih baik anda menggantikan pengelap cermin ini sekurang-kurang setahun sekali.

Mana nak ganti?
• Stesen minyak
• Rangkaian pasar raya
• Kedai aksesori kereta, alat ganti
• Pusat servis
• Bengkel
• DIY
• Shopee, Lazada
Apa yang nak beli?
Biarpun, terdapat banyak pilihan di pasaran, kami akan memastikan perkara ini mudah dengan memberi tips seperti berikut:
• Pilih pengelap dengan saiz dan panjang yang betul, sesuai dengan kereta anda
• Pilih produk berjenama (Bosch, Hella, PIAA, Wischer)
• Buat pembelian melalui peruncit terkemuka bagi mengelak daripada membeli barangan tiruan

PETUA:
Anda boleh mengalihkan pengelap semasa anda dan mengukurnya untuk memastikan saiznya betul atau bawa ke kedai untuk mendapatkan ukuran sebenar.
Apa yang penting, jangan lupa pasang pengelap baharu sebelum memandu. Jangan lupa juga periksa pengelap cermin belakang.
Getah vs Silikon
Secara amnya, pengelap yang dihasilkan dengan menggunakan bahan silikon sebenarnya menawarkan prestasi pembersihan yang lebih baik dan juga tahan lebih lama berbanding dengan yang dibuat menggunakan getah lama biasa.
Bagaimanapun, pengelap silikon lebih mahal berbanding daripada pengelap getah, yang boleh dikatakan berfungsi dengan baik pada kos yang lebih rendah.
Apapun, ukur baju sendiri sebelum membuat sebarang pembelian.
Langit sudah berdentum, jangan lupa periksa pengelap cermin anda!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA1655
SELANGOR
BSQ3512
JOHOR
JYX2763
PULAU PINANG
PSC4903
PERAK
APH6581
PAHANG
CFG5949
KEDAH
KGG2081
NEGERI SEMBILAN
NEK4832
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8364N
Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
Hipnosis Lebuhraya: Bahaya Tersembunyi Di Sebalik Refleks 'Mujur Sempat Brek'
Kerap Mengelamun Semasa Memandu? Ini Cara 'Kejutkan' Otak Anda Sebelum Terlambat
15-05-2026
Analisis: Cukup Ke Kuota BUDI95 150 Liter Sebulan?
Kira-kira Minyak RM50: Berapa Jauh Anda Boleh Pergi Dengan 150 Liter?
12-05-2026
Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident
Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.
11-05-2026
Jangan Jadi Mangsa Banjir Kilat: Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Air Mula Naik Di Jalan Raya
Warga kota takut setiap kali hujan berterusan.
08-05-2026
Analisis: Pemandu Mabuk, Sebat, Buang Ke Pulau Atau Sara Mangsa? Hukuman Mana Paling Layak?
Kes pemandu mabuk tiada kesudahan.
07-05-2026
Analisis: Lesen Seumur Hidup: Adakah Sudah Tiba Masa Ia Dikaji Semula?
Bukan Diskriminasi, Tapi Perlindungan: Kenapa Pemandu Veteran Perlu Disaring.
06-05-2026
Kenapa Kereta Bawah 5 Tahun dan Pemilik EV Boleh Jual Kereta Lebih Tinggi Melalui Konsainan di CariCarz Automall
Jangan terpedaya dengan tawaran trade-in yang rendah rendah! Ketahui bagaimana konsainan di Caricarz Automall membantu anda dapatkan harga lebih tinggi untuk kereta di bawah lima tahun.
05-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
