ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Apa Yang Anda Patut Tahu Mengenai Ford Ranger?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Adakah anda masih berteka-teki untuk membeli Ford Ranger 2022? 

Jika ya, Caricarz ingin memaklumkan bahawa anda mungkin tidak akan berasa rugi jika “terbeli” Ford Ranger serba baharu ini?

Tetapi kenapa?

Ini kerana Ford Ranger adalah antara model paling canggih yang pernah dihasilkan setakat ini.

Untuk makluman anda, ada sembilan ciri keselamatan yang ada pada jentera ini. 

Berikut adalah perinciannya:

1. Brek Pasca-Perlanggaran

Sistem brek pasca-perlanggaran berfungsi sekiranya berlaku pertembungan. Dengan adanya sistem ini, sebenarnya mengurangkan risiko pertembungan kedua. Sistem ini secara automatik mengaktifkan

tekanan brek sederhana apabila pertembungan pertama berlaku dan ia cuma ditawarkan bagi varian WildTrak dan XLT Plus.

2. Bantuan Pra-Perlanggaran

Ia dapat mengesan risiko pertembungan dengan kenderaan lain,

pejalan kaki atau penunggang basikal di depan anda. Jika risiko perlanggaran dikesan, sistem ini akan memberikan amaran audio dan visual. Jika maklum balas pemandu tidak mencukupi, sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) akan diaktifkan secara automatik.

Sistem ini merangkumi:

3. Brek Kecemasan Automatik (AEB) 

Sistem AEB telah dipertingkatkan dengan kemampuan mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, serta kebolehan untuk memberikan sokongan AEB di simpang dalam keadaan tertentu, menerusi tambahan kamera baru dengan pandangan lebih luas. Ini bermakna jika pemandu gagal untuk bertindak balas, kenderaan akan mengaktifkan brek secara automatik bagi membantu mengurangkan tahap impak sesetengah pertembungan secara berdepan.


4. Amaran Awal Perlanggaran 

Jika ada kemungkinan pertembungan berdepan, sistem Amaran Awal Perlanggaran Ford Ranger generasi baharu akan menutup sistem audio dan memberi amaran menerusi audio.

5. Bantuan Pemanduan Mengelak 

Ia membantu pemandu mengelak risiko pertembungan dengan memperlahankan atau menghentikan kenderaan lebih awal.  Ini membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih mudah apabila pertembungan tidak boleh dielak hanya dengan brek. Sistem ini direka untuk mengendalikan kelajuan sama ada di jalan biasa mahupun di lebuh raya dan menggunakan kamera serta radar yang sama bagi ciri Bantuan Pra-Pertembungan. Ciri ini boleh didapati pada varian WildTrak generasi baharu.


6. Bantuan Brek Mengundur 

WildTrak generasi baru juga hadir dengan Bantuan Brek Mengundur, yang    membantu pemandu untuk mengelak atau mengurangkan risiko pertembungan ketika mengundur. Sistem ini boleh mengesan kenderaan yang bergerak, manusia mahupun objek di belakang kenderaan. Sistem ini akan membrek kenderaan jika pemandu tidak bertindak cepat.


7. BLIS

Jika kenderaan laju masuk ke zon titik buta Ranger, BLIS akan memberi isyarat kepada pemandu menerusi lampu kecil di cermin pandang sisi, agar mereka tidak menukar lorong pada masa itu.

8. Penggera Lintasan Trafik 


Ketika pemandu menukar gear undur, sistem akan diaktifkan dan memberitahu pemandu misalnya jika ada kenderaan lain mendekat dari sebelah sisi, ketika mengundur dari perkarangan rumah dan masuk ke jalan raya, atau keluar dari tempat letak kereta pasar raya yang sibuk.

9. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Stop-and-Go 


Sistem ini membolehkan pemandu menetapkan kelajuan melayar dan kemudian mengekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan. Apabila kenderaan di hadapan mengurangkan kelajuan, Ranger akan turut menjadi perlahan dan boleh sehingga berhenti apabila jalan kembali lancar, Ranger akan kembali bergerak berdasarkan kelajuan dan jarak kereta di hadapan yang telah ditetapkan. 

Selepas anda membaca ciri-ciri keselamatan yang ada pada Ford Ranger ini, mungkin anda sudah membuat keputusan.

Apa jua keputusan anda, kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2487

SELANGOR

BSQ3648

JOHOR

JYX3064

PULAU PINANG

PSC5034

PERAK

APH6771

PAHANG

CFG6023

KEDAH

KGG2173

NEGERI SEMBILAN

NEK4878

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8435N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.