ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Land Rover Defender 90, Ada 2 Pilihan Enjin

Suhana Veru

Kongsi melalui


Defender 90 kini sudah ada di pasaran Malaysia.

Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan Land Rover Defender 90 serba baharu yang dikatakan  mampu meredah semua muka bumi serta dinobatkan sebagai Land Rover paling berupaya setakat ini.

Jentera baharu ini menampilkan reka bentuk yang cukup moden dan mengekalkan keupayaan mengharungi semua permukaan bumi.

Ia didatangkan dengan dua pilihan enjin ingenium  iaitu Petrol 4 silinder P300 atau Petrol MHEV 6 silinder P400.

Lebih menarik, Defender 90 tiga pintu dengan jarak roda pendek mampu mengharungi air sedalam 900mm serta dilengkapi dengan kotak pemindahan dwikelajuan.

Ini membolehkan ia memberikan suntikan kelajuan dan kawalan tambahan untuk mengawal kuasa bagi mengharungi keadaan mencabar seperti mendaki dan menuruni cerun curam, muka bumi yang pelbagai dan pemanduan lasak di luar jalan raya.

Maka tidak hairanlah, harga jualannya bermula daripada RM838,800 bagi P300 dan RM1,098,800 (P400 MHEV).

Pengarah Urusan, Bahagian Peruncitan dan Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, Land Rover Defender 90 disanjung tinggi di peringkat global kerana ciri-ciri kejuruteraan, teknologi dan reka bentuknya.

Dengan keupayaan meredah semua muka bumi, kami yakin kenderaan berkuasa dan ikonik ini akan menambah baik pengalaman memandu bagi rakyat Malaysia, sama ada semasa menyusuri jalan-jalan bandar atau menempuh permukaan lasak,” katanya.

Jentera ini juga didatangkan dengan ciri Suspensi Udara Elektronik dimana ia pemanduan yang cukup  selesa.


Bahagian pemandu yang cukup luas dan selesa.

Lebih menarik, ketinggiannya  boleh dilaraskan mengikut keadaan memandu.

Ini termasuk ketinggian akses yang boleh dilaraskan menjadi serendah 40mm lebih rendah daripada ketinggian pemanduan normal dan dilanjutkan sehingga 75mm. 

Bagi keadaan luar jalan raya yang lasak dan permukaan tidak rata, ketinggian tambahan 70mm turut disediakan bagi kawalan roda yang luar biasa walaupun dalam perjalanan yang mencabar.

Mampu meredah laluan mencabar.

Ia didatangkan dengan lima warna dan dilengkapi dengan 170 aksesori individu, pilihan terbesar yang pernah dihasilkan untuk Land Rover.

Antara aksesori yang disediakan ialah tempat simpanan peralatan luar di sisi kenderaan yang memberikan ruang simpanan tambahan dan terdapat juga koleksi baharu peralatan dan pakaian luar 'Above and Beyond'.

Defender 90 ini disokong oleh program Land Rover Care yang termasuk jaminan lima tahun, servis percuma lima tahun dan khidmat bantuan tepi jalan tiga tahun. 

Untuk keterangan lanjut, layari www.landrover.com.my.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9073

SELANGOR

BSU4086

JOHOR

JF6941J

PULAU PINANG

PSG4245

PERAK

APM2413

PAHANG

CFJ1132

KEDAH

KGJ4650

NEGERI SEMBILAN

NEM2780

KOTA KINABALU

SJU5480

KUCHING

QAB7531P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.