Mitsubishi ASX 2023 Bakal Tembusi Pasaran Eropah, Harga Masih Misteri

Mitsubishi ASX dikatakan kembar Renault.
-full_normal.jpg)
Akan berada di pasaran Eropah pada Mac 2023.
Lebih menarik, kenderaan utiliti sukan ini yang dibekalkan oleh Renault dibangunkan secara spesifik untuk pasaran Eropah.
Difahamkan, model ini akan dikilangkan di kilang Renault Valladolid di Sepanyol dan akan berada di bilik pameran Mitsubishi Motors terpilih di Eropah bermula Mac tahun hadapan.
Berikut ringkasan mengenai ASX (2023) serba baharu:
• Ada bentuk siluet yang mengalir dari hadapan hingga belakang.
• Garisan siluet yang bercantum dengan visual umpama “bumbung terapung” sekali gus menonjolkan gaya dinamik kenderaan itu.
• Bahagian hadapan ASX menampikan evolusi reka bentuk Dynamic Shield
• Jerijinya ada logo ikonik tiga berlian kebesaran Mitsubishi
• Badannya agak ramping
• Tiada versi diesel dikeluarkan, sama seperti Captur.
PRESTASI
ASX generasi baharu menampilkan pelbagai pilihan rangkaian kuasa untuk memadankan keperluan para pelanggan di Eropah.
Untuk itu, barisan ASX didahului dengan model:
• Plug-in hybrid (PHEV) dengan enjin natural aspirasi 1.6 liter, dua motor elektrik, ada kotak gear automatik pelbagai mod dan menggunakan bateri 10.5 kWj. Versi ini mampu menghamburkan kuasa (105kW/143PS)
• Model hibrid penuh menggunakan enjin 1.6 liter dengan dua motor elektrik serta vateru 1.3kWj.
• Bagi model hibrid ringan pula, ia menggunakan 1.3 liter turbo suntikan terus dengan trasmmisi manual 6-kelajuan atau transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan. Ia menawarkan kuasa 103kW/140PS
• Ada juga enjin 1.0 liter pengecas turbo dan transmisi manual 6-kelajuan. Ia mampu menghamburkan kuasa 90hp (67kW/91PS)
Jentera ini mempunyai ukuran sepanjang 4,228mm, selebar 1,797mm dan setinggi 1,573mm.
Menjengah bahagian kabinnya, ia memiliki ruang yang cukup luas manakala kerusi belakang boleh direbahkan bagi memberikan keselesaan kepada penumpangnya.
-full_normal.jpg)
Ada pelbagai infotainmen canggih.
Malah, ASX juga dilengkapi dengan Smartphone-link Display Audio (SDA) yang telah ditambah baik dan mampu menawarkan lebih banyak ciri ketersambungan.
Sementara itu, sistem Multi-Sense yang dikawal melalui SDA membolehkan pemandu memilih mod yang paling sesuai dengan pilihan mereka.
Selain itu, ia juga memiliki navigasi 3D,skrin 7 inci dan ada juga skrin yang ditawarkan pada saiz 4.2 inci berdasarkan bajet para pelanggan.
Jentera ini juga digandingkan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Menyentuh mengenai ruang butnya, ia memiliki ruang sekurang-kurangnya 401 liter.

Ia dibangunkan berdasarkan platform Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance CMF-B.
Dari segi keselamatan pula, bagi varian tertinggi ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu lanjutan seperti teknologi bantuan pemandu satu lorong MI-PILOT untuk lebuh raya.
Ia turut dilengkapi dengan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dan Bantuan Lorong Berpusat (LCA) dimana ia sekurangn-kurangnya menyokong pemanduan selamat.
Sebaliknya, jualan Mitsubishi ASX 2023 ini hanya akan bermula pada Mac 2023 di Jerman termasuk beberapa pasaran Eropah lain.
Dikhabarkan, pihak syarikat tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjual kereta itu di United Kingdom.
Harga jentera ini akan dimaklumkan kelak.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge