Pelajar Tingkatan 1 Berbasikal Maut Dilanggar Lori
Keadaan mangsa selepas dilanggar (Foto: Rakaman Richard Chew)
Seorang remaja sekolah menengah maut selepas dirempuh oleh sebuah lori sampah semasa menunggang basikal dengan rakan-rakannya di persimpangan Persiaran Hamzah Alang, Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, remaja tersebut, 13, yang juga merupakan pelajar tingkatan satu dari Sekolah Menengah Tengku Idris Shah Kapar sedang mengayuh basikalnya keluar dari simpang.
Mangsa dan rakan-rakan dilihat berbasikal di simpang tersebut sewaktu lori sampah sedang bergerak (Foto: Rakaman Richard Chew)
"Pada masa sama lori sampah yang dipandu seorang lelaki datang dari arah Kapar tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya tadi.
Lori sampah tidak sempat mengelak (Foto: Rakaman Richard Chew)
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.
Siasatan turut mendedahkan, semasa kemalangan berlaku, mangsa datang dari rumah datuknya yang bertempat di Jalan Nenas.
"Justeru polis meminta rakan mangsa serta saksi di lokasi kejadian tampil membuat laporan polis.
"Siasatan juga masih dijalankan dan pemandu lori sampah berumur 26 tahun itu sudah dirakam keterangannya," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Harian Metro
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat