PROTON Catat Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 9 Tahun!

PROTON mencatatkan rekod terbaharu untuk jualan domestik dan eksport dalam masa sembilan tahun dengan penghantaran mencecah 15,880 unit kenderaan. Bagi lapan bulan pertama tahun ini, syarikat telah mendaftarkan sejumlah 87,481 unit berbanding 62,637 unit pada tahun 2021, peningkatan sebanyak 39.7%.
PROTON turut mencatatkan jumlah jualan eksport lebih tinggi berbanding tahun lepas. Pada bulan Ogos, sejumlah 938 unit dieksport, menjadikan jumlah eksport bagi tahun 2022 ialah 4,040 unit, sekaligus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pengeksport kenderaan utama negara.
Bagi carta jualan automotif nasional, PROTON berjaya mengekalkan kedudukan kedua dan mencapai anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.7% untuk bulan Ogos, sementara itu pegangan pasaran tahunan (YTD) pula meningkat kepada 19.5%.

Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dengan Proton X50
Jumlah Volum Industri (TIV) bagi bulan Ogos dianggarkan sebanyak 66,900 unit (36.7% lebih daripada Julai) memandangkan semua jenama automotif giat menyerahkan unit kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa insentif SST berkuatkuasa.
“Operasi pengeluaran PROTON telah stabil dengan empat bulan lagi sebelum tahun 2022 berakhir. Bekalan komponen kami kini lebih konsisten dan terurus demi memastikan kami dapat menghasilkan sebanyak mungkin kereta.
Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022
“Dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan trak penghantaran lebih 100% menjelang akhir tahun. Langkah ini adalah untuk memastikan pengedar menerima stok secepat mungkin dan seterusnya, ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang sabar menunggu kenderaan mereka,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.
Proton Saga menerima manfaat daripada bekalan komponen yang kini semakin stabil, sehingga membolehkan sejumlah 6,156 buah kereta diserahkan pada bulan lalu. Ini menjadikan Proton Saga sebagai model kereta ketiga paling popular di Malaysia pada bulan Ogos, ia turut mendorong pendaftaran bagi model baharu 2022 kepada 14,154 unit selepas pelancaran dibuat pada 12 Mei lepas.
Sementara itu, Proton Persona dan Proton Iriz pula menunjukkan peningkatan dalam volum pengeluaran. Proton Exora 2023 yang baru dilancarkan dapat mengekalkan kedudukannya di bahagian atas pasaran MPV segmen C dengan 266 unit diserahkan.

Seterusnya, Proton X50 pula mencapai kejayaan sebagai SUV pertama yang melepasi ambang 4,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut dengan serahan sebanyak 4,329 unit pada bulan Ogos.

Proton X70 pula mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen C dengan jualan sebanyak 1,555 unit dan melonjakkan jumlah jualan SUV pada bulan Ogos bagi PROTON kepada 5,884 unit.
Jumlah jualan SUV Proton kini berjumlah 37,489 unit untuk 8 bulan pertama tahun 2022.

Pertumbuhan dijangka meningkat pada lewat tahun ini dengan pelancaran rasmi semula PROTON di Afrika Selatan dijadualkan pada bulan September.
Baca: Gambar Lama Tular Semula Di Internet, Moga Tun M Kembali Sembuh
Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3253
SELANGOR
BSR6274
JOHOR
JA3589J
PULAU PINANG
PSD8160
PERAK
APJ8664
PAHANG
CFH1740
KEDAH
KGH1243
NEGERI SEMBILAN
NEK9350
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.
19-01-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.
04-01-2023
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.
23-12-2022
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat