Volkswagen ID. Buzz Cargo Terima Anugearah Van Terbaik 2023

Siapa tak kenal dengan van keluaran Volkswagen yang tampil dengan reka bentuk retro, sememangnya unik berbanding van lain. Dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 1950-an, Volkswagen telah menghidupkan kembali van klasik ini dengan ciri moden menjadikannya sebuah van elektrik sepenuhnya dengan nama Volkswagen ID.Buzz Cargo.

Apabila elemen klasik dan moden digabungkan, mustahil untuk kita tidak tertarik
Baru-baru ini van ID.Buzz Cargo menerima anugerah sebagai Van Antarabangsa Terbaik 2023. Anugerah itu disampaikan semasa pameran Pengangkutan IAA diadakan di Hanover, Jerman.

ID.Buzz Cargo telah menerima anugerah antarabangsa yang hebat ini walaupun ia masih lagi belum memasuki pasaran secara rasmi.

Ketua Pegawai Operasi Kenderaan Komersial Volkswagen (VWCV), Carsten Intra berkata, “Kami berbesar hati dan berbangga menerima anugerah ini untuk ID. Buzz Cargo. Terima kasih yang tidak terhingga kepada juri IVOTY dan kepada semua di Kenderaan Komersial Volkswagen yang telah menyumbang untuk menghasilkan ID. Buzz Cargo van terbaik dalam kelasnya.”

Pengerusi IVOTY, Jarlath Sweeney menyampaikan anugerah itu bagi pihak 34 wartawan kenderaan komersial antarabangsa yang menjadi juri IVOTY, “Jarang sekali konsep van baharu muncul dan dapat menarik perhatian [ramai] dalam pasaran. Tahniah kepada pasukan pembangunan Kenderaan Komersial Volkswagen kerana mencipta kenderaan unik ini.”

Van tersebut menggunakan motor elektrik 150 kW yang terletak di antara roda belakang. Ia mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 424 km, berdasarkan kitaran WLTP dan boleh dicas daripada 5% kepada 80% dalam masa hanya 30 minit. Model ini memiliki kadar emisi karbon 0 g/km.
Sumber: Automotive World , Fleet Europe | Foto: Volkswagen
Baca: Volkswagen ID. Buzz Dilancarkan Dalam 2 Versi - Model 5 Tempat Duduk & ID. Buzz Cargo
Baca: Ini Dia Van Elektrik Pertama Malaysia – Boleh Bergerak Sejauh 268KM!
Baca: [VIDEO] Canggih! Suasana Di Dalam Kilang Pemasangan Volkswagen ID. Buzz 2022
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


