Volvo Certified Damage Repair Centre Dibuka Di Glenmarie Dan Ara Damansara
-1-full_normal.jpg)
Perasmian Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR)
Kini, pelanggan Volvo dapat menikmati perkhidmatan berkualiti untuk pembaikan badan dan cat kereta dengan pelancaran Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR) oleh Volvo Car Malaysia. Fasiliti ini bertempat di Federal Auto Cars, Glenmarie dan Sime Darby Swedish Auto, Ara Damansara.
Ketua Volvo Cars APEC, Nick Connor berkata, “Kami amat gembira kerana melalui pelaburan yang diterima daripada rakan kongsi, Malaysia kini negara kedua di rantau ini yang diperkenalkan dengan VCDR.”
-2-full_normal.jpg)
Nick Connor, Ketua Volvo Cars APEC
Fasiliti servis premium daripada Volvo ini dilengkapkan dengan teknologi terkini serta juruteknik terlatih. Kedua-dua cawangan ini juga merupakan pusat servis Volvo pertama yang selaras dengan standard VCDR. Berkeluasan 11,133 kaki persegi, ia boleh menampung sehingga 1,260 kenderaan setahun.
Matlamat VCDR adalah untuk memberikan khidmat yang pantas dan efisien kepada para pelanggan di samping menjanjikan kualiti terbaik melalui penggunaan peralatan canggih dan kerja yang berpandukan proses standard yang ditetapkan Volvo.
VCDR mengintegrasikan penggunaan teknologi mampan dalam servis yang diberikan seperti sistem ventilasi bertekanan rendah dengan kawalan automatik untuk mengurangkan emisi karbon dioksida/zarah mikroskopik dengan tahap penggunaan tenaga yang rendah.
Untuk mengurangkan tenaga dan emisi gas rumah hijau, mesin yang digunakan dikuasakan oleh bateri dan lebih daripada 80% udara akan disedut oleh sistem penapisan.
Di samping itu, penggunaan bahan Volatile Organic Compounds (VOC) dalam cat kini digantikan dengan cat berasaskan air, ini mengurangkan risiko pekerja daripada terdedah kepada bahan kimia yang memudaratkan.
-3-full_normal.jpg)
Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia
“Kami ingin pelanggan pulang bersama kereta Volvo dengan fikiran yang tenang kerana mengetahui bahawa kami memberikan kenderaan mereka tahap penjagaan berstandard antarabangsa Volvo,” ujar Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Volvo Certified Damage Repair Centre, boleh hubungi Volvo Ara Damansara di talian 03-7623 3200 atau Volvo Glenmarie menerusi nombor 016-248 0878.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge