Ada Berita Baik Buat Pemilik EV, Mydin Akan Dilengkapi Dengan Stesen Pengecas EV

Beberapa Mydin terpilih akan dilengkapi dengan stesen pengecas EV.
Ada berita baik buat pemilik kenderaan elektrik (EV)!
Ini kerana beberapa pusat beli belah Mydin dikhabarkan akan dilengkapi dengan stesen EV buat masa terdekat ini.
Itu antara langkah yang akan diambil pasar raya Mydin bagi memudahkan para pelanggannya mengecas kenderaan elektrik mereka sementara membeli-belah di pasar raya berkenaan.
Memetik laporan akhbar Sinar Harian, Keputusan itu dibuat selepas Ecoride Sdn Bhd (Ecoride) menandatangani perjanjian lesen dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) di Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) 2022 pada Sabtu lepas.

Perjanjian kedua-dua pihak dibuat pada Sabtu lepas.
Pengarah urusan Ecoride, Syed Ahmad Syed Mustafa berkata, pihaknya diberi tempoh setahun ‘hak eksklusif’ untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.
“Perkongsian ini adalah salah satu usaha kami sebagai agen perubahan mengubah sektor mobiliti yang akan meningkatkan nilai Mydin kepada pelanggannya dengan menyepadukan ekosistem mobiliti mampan dalam pengalaman membeli-belah,” katanya.
Difahamkan, pemasangan pertama yang dilakukan di Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru pada Disember lalu dan akan diteruskan di cawangan Pelangi Indah dan Taman Rinting di negeri sama selain menyasarkan cawangan lain seperti USJ, Subang Jaya, Selangor.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9654
SELANGOR
BSR5766
JOHOR
JA2279J
PULAU PINANG
PSD7472
PERAK
APJ8039
PAHANG
CFH1523
KEDAH
KGH651
NEGERI SEMBILAN
NEK9076
KOTA KINABALU
SJT703
KUCHING
QAB1945P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perhatian! Ada Berita Baik Buat Pemilik EV, Sekarang Ada Polisi Khas Untuk Pengecas EV
Etiqa menawarkan polisi perlindungan insurans dan takaful untuk pengecas kenderaan elektrik (EV) di rumah.
19-10-2022
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat