ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Dilancarkan! Harga Dari RM179K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM)  telah melancarkan Staria dengan 10 tempat duduk sebagai versi baharu, tambahan kepada versi 7 tempat duduk yang telah dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu. Tiga varian ditawarkan iaitu Staria Lite, Staria Plus dan Staria Max, dengan harga daripada RM179,888.00.  

 

PRESTASI HYUNDAI STARIA 10 TEMPAT DUDUK 



 

Model ini dikuasakan oleh enjin CRDi 2.2 sama seperti versi 7 tempat duduk varian 2.2D Premium. Output maksimumnya ialah 177 PS/431 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik lapan kelajuan.  

BAHAGIAN LUAR HYUNDAI STARIA 10 TEMPAT DUDUK 


 



Dari luar, reka bentuk keseluruhan Hyundai Staria kelihatan futuristik. Didatangkan secara standard untuk kesemua varian ialah penggunaan lampu depan LED penuh. Sementara itu, lampu belakang pula, varian tinggi (Max dan Plus) menggunakan lampu LED manakala LITE menggunakan lampu belakang mentol. Di sudut tayar, Staria menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci (Lite dan Plus) dan 18 inci (Max).

 

BAHAGIAN DALAM HYUNDAI STARIA 10 TEMPAT DUDUK 



 

Bergerak ke bahagian dalam, Hyundai Staria 10 tempat duduk ini kelihatan cukup luas. Rekaannya jelas memberi tumpuan kepada keselesan semua penumpang dari pemandu hinggalah kepada penumpang di barisan terakhir.


Hyundai mengetengahkan konsep kokpit digital sepenuhnya yang mana terdapat paparan kluster instrumen bersaiz 10.25 inci (Max dan Plus), dan juga sebuah sistem infotainmen 8 inci berskrin sentuh yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. 




Varian Max dihadirkan dengan kamera pandang keliling 360 darjah untuk memudahkan pemandu memasuki petak parkir, sememangnya ciri yang penting untuk sebuah kenderaan yang besar.


Untuk keselesaan semua penumpang, kesemua varian dilengkapkan dengan pendingin hawa yang dipasang pada bumbung.


Berikut merupakan material berbeza yang digunakan sebagai balutan tempat duduk untuk setiap varian:

·      Lite – Fabrik hitam

·      Plus – Separa kulit karbon

·      Max – Balutan kulit Nappa hitam

 

LAIN-LAIN


Padat dengan pelbagai kemudahan, varian Plus dan Max menggunakan pintu automatik. Sementara itu, Max pula ditambah dengan ciri bukaan pintu but automatik.


Tempat duduk dengan konfigurasi 2-3-2-3 memudahkan pengguna untuk menyesuaikan ruang kabin dengan muatan yang ingin dibawa.


Pengarah Urusan HSDM, Encik Low Yuan Lung berkata, Staria 10 tempat duduk  ini merupakan sebuah MPV besar yang paling versatil dilancarkan syarikat dengan fleksibiliti maksimum kerana konfigurasi tempat duduknya. Kapasiti  muatan MPV ini mencecah 1,024L!


CIRI KESELAMATAN HYUNDAI STARIA 10 TEMPAT DUDUK


Dari segi keselamatan, Staria hadir dengan pelbagai ciri yang penting termasuklah Hyundai Smartsense yang merangkumi  bantuan pengelak pelanggaran hadapan (FCA), bantuan pengelak pelanggaran trafik lintasan belakang (RCCA), bantuan kekal lorong (LKA) dan kawalan jelajah pintar (SCC) dengan ciri Stop and Go yang akan mengekalkan operasi SCC walaupun semasa kenderaan berhenti sepenuhnya.

 

WARNA YANG DITAWARKAN BAGI SETIAP VARIAN


Berikut adalah warna yang ditawarkan: 

  • Staria Lite: Abyss Black Pearl, Creamy White dan Shimmering Silver 
  • Staria Plus: Abyss Black Pearl, Creamy White
  • Staria Max: Abyss Black Pearl, Creamy White, Graphite Grey dan Moonlight Blue Pearl

 

HARGA HYUNDAI STARIA 10 TEMPAT DUDUK


Berikut adalah senarai harga bagi ketiga-tiga varian Staria 10 tempat duduk:

  • Staria Lite – RM179,888 

  • Staria Plus – RM196,888.00

  • Staria Max – RM209,888.00

 

Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans bersama jaminan selama dua tahun atau sejauh 50,000 km (mana yang terlebih dahulu) ATAU dengan tambahan RM10,000 untuk jaminan selama 5 tahun/30,000 km (mana yang terlebih dahulu) bersama tambahan selama 3 tahun/50,000 km pakej penyelenggaraan percuma.

Baca: [FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Baca: Kereta Yang Dinaiki Bekas PM, Hyundai Santa Fe Jadi Bahan Bualan Netizen


 

 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

09-01-2023
Kereta Baru

05-10-2022
Video

09-01-2023
Berita Auto
Kereta Baru

05-10-2022
Video

09-01-2023
Berita Auto
Kereta Baru

05-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.