Kereta Hangus Dibakar 'Api Kemarahan'
Kereta hangus dibakar 'api kemarahan' (Foto: Polis Daerah Ampang Jaya)
Apabila api kemarahan menguasai diri, ramai yang melakukan tindakan di luar kewarasan akal. Dalam kes yang berlaku baru-baru ini, seorang pemandu lori bertindak membakar kereta abang kandungnya kerana tidak puas hati dengan isu pembahagian harta.
Laporan mengenai kejadian yang berlaku di Taman Sri Watan, Ampang ini diterima pihak polis pada jam 6.19 petang, ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
“Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat rentetan isu harta keluarga dan suspek bertindak membakar kereta milik abangnya jenis Toyota Vios yang di parkir di hadapan rumah.
“Terdapat kesan terbakar pada sebelah kiri dan kanan kenderaan serta bahagian enjin selain menemui satu tong biru dengan kesan minyak dipercayai digunakan suspek sewaktu kejadian,” katanya.
Mangsa yang berusia 35 tahun menanggung kerugian kira-kira RM5,000.

Kereta hangus dibakar 'api kemarahan' (Foto: Polis Daerah Ampang Jaya)
“Polis berjaya menahan lelaki berusia 32 tahun yang merupakan adik mangsa di sekitar pukul 5.40 petang semalam.
“Suspek bekerja sebagai pemandu lori dan hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod lampau kesalahan jenayah. Ujian air kencing menunjukkan suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek telah ditahan oleh pihak polis dan direman selama tiga hari hingga Selasa ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Sumber: Kosmo
Baca: Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!
Baca: Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
