Toyota bZ3: Sedan Elektrik Ini Boleh Capai Lebih 600 KM! Ini Yang Kita Tahu...

Toyota Motor Corporation telah mengumumkan kedatangan model baharu, Toyota bZ3, yang juga model kedua dalam siri kereta bZ. Kereta sedan elektrik ini telah dibangunkan dengan kerjasama antara Toyota, BYD dan FAW Toyota Motor Co. di bawah syarikat BYD TOYOTA EV TECHNOLOGY CO., LTD. (BTET).
Lebih 100 jurutera Toyota daripada bahagian reka bentuk, pengeluaran, kejuruteraan dan kawalan kualiti terlibat dalam projek penghasilan model terbaharu ini bersama-sama jurutera lain di BYD dan FAW Toyota.
Terdapat tiga idea penting yang diketengahkan dalam penghasilan model baharu ini iaitu: elektrik, dinamik dan keseronokan.
TIGA CIRI PENTING TOYOTA BZ3

Berikut adalah penjelasan mengenai kesemua aspek tersebut:
Elektrik
Dari sudut teknologi dan kemampuan elektrik Toyota bZ3, model ini dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan lebih 600 km dengan cas penuh berdasarkan kitaran CLTC. Jarak perjalanan yang panjang ini disebabkan oleh trenkuasanya yang dilengkapkan dengan teknologi bateri LFP litium-ion Blade BYD menggunakan fosfat besi lithium dan juga teknologi elektrifikasi Toyota.
Maklumat lain seperti kapasiti bateri masih belum didedahkan, namun Toyota memaklumkan bahawa struktur bateri, sistem penyejukan, kawalan dan keselamatannya telah direka khas bagi model terbaharu ini.
Toyota juga mendedahkan bahawa dengan menggunakan teknologi bateri kali ini, kapasiti bateri dapat dikekalkan sekurang-kurangnya pada tahap 90% walaupun selepas 10 tahun digunakan.
Dinamik

Toyota bZ3 direka berdasarkan platform e-TNGA seperti yang digunakan pada SUV bZ4X. Platform ini menjanjikan pemanduan yang selesa, pusat graviti yang rendah dan kestabilan pengendalian yang hebat bersama prestasi yang responsif.
Keseronokan

Menurut Toyota, bZ3 telah dibangunkan berdasarkan konsep Family Lounge iaitu idea bahawa “kereta menyediakan ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, dan bukan semata-mata sebagai alat pengangkutan.”

PELANCARAN
Waktu pelancaran model ini masih tidak diketahui, tetapi baru-baru ini Reuters mendedahkan bahawa proses pengeluarannya dan pelancarannya akan berlaku sebelum penghujung tahun ini pada harga yang bermula daripada kira-kira AS$28k (RM132k).
Nantikan perkembangan terkini mengenai Toyota bZ3 dalam artikel akan datang. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook!
Sumber: Inside EVs, Reuters
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Tiada Lagi Toyota GR Selepas Ini? Ini Kata Ketua Jurutera Toyota GR86...
Baca: Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
