Abarth Akan Dilancar Pada 22 November, Harga Tidak Didedahkan Lagi

Pengeluar kereta Stellantis akan menayangkan secara rasmi model hot hatch berkuasa elektrik, Abarth 500 pada 22 November ini.
Ini menandakan buat julung kalinya, Abarth menggunakan kuasa elektrik selepas 15 tahun.

Buat masa ini, tidak begitu banyak info diketahui namun beberapa imej teaser sudah pun tersebar luas di media sosial.
Ia memaparkan model EV itu hadir dengan rim silver, ada logo kala jengking berwarna kuning di tengah-tengah rim dan warna jentera berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fiat, Olivier François berkata, keseluruhan reka bentuknya adalah lebih kurang sama dengan imej teaser.
Selain itu, ia hadir dengan bampar hadapan yang diperbaharui dengan gril honeycomb dimana ia kelihatan lebih agresif, sambungan sill di bahagian sisi, bampar belakang pula hadir dengan diffuser dan spoiler belakang pula agak besar.

Dari segi prestasi, ia dilengkapi dengan bateri 42-kWj dimana ia mampu menghamburkan kuasa 118hp. Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam(km/j) hanya dalam 9 saat.
Sementara itu, kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 150 km/j dan mampu melakukan jarak pemanduan sejauh 320 kilometer.
Ia yang seberat 1,400 kilogram turut dilengkapi dengan persediaan casis yang lebih fokus kepada suspensinya, brek yang lebih kuat dan sterengnya sudah diubah suai.

Dikatakan dengan kelahiran Abarth 500 ini, jenama itu sudah tidak lagi mengeluarkan model yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.
Ada juga yang mengatakan kenderaan elektrik sepenuh Abarth akan dilancarkan selewat-lewatnya pada tahun 2025 .

Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9466
SELANGOR
BSR5731
JOHOR
JA2159J
PULAU PINANG
PSD7430
PERAK
APJ7985
PAHANG
CFH1518
KEDAH
KGH602
NEGERI SEMBILAN
NEK9063
KOTA KINABALU
SJT670
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
