ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Mewah Ini Boleh Capai 800KM! SUV Aehra Diperkenalkan Di Itali

Sofea Najmi

Kongsi melalui



AEHRA, jenama automotif elektrik ultra premium terbaharu dari negara Itali telah mendedahkan kepada umum reka bentuk luaran model pertamanya, sebuah SUV elektrik mewah. Pendedahan ini dibuat kepada media antarabangsa di Milan.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aehra, Hazim Nada berkata, “SUV Aehra mewakili gabungan radikal bahan mampan yang canggih, teknologi EV ultra-maju, teknologi pembuatan pintar, reka bentuk Itali yang tulen, yang sudah semestinya [menjadikan ini] satu detik penting dalam sejarah syarikat kami.”




Ciri paling menyerlah pada rekaan ini ialah bukaan pintunya, cermin sisi dan juga jarak overhang depan dan belakang kereta yang pendek. 


Rekaan cermin sisinya diinspirasikan daripada motosikal lumba, sementara cermin depan kereta pula direka dalam bentuk yang seolah-olah ‘bersatu’ atau selari dengan bumbung yang menambahkan lagi keunikan rekaannya. 





Dalam menghasilkan reka bentuk SUV mewah ini, Filippo Perini yang sebelum ini pernah mengetuai rekaan Lamborghini termasuk Lamborghini Urus, merupakan ketua reka bentuk projek SUV Aehra. Maka tidak hairanlah, sebahagian daripada rekaannya diinspirasikan daripada Lamborghini. 


Bukan sekadar gaya, reka bentuk kereta ini turut diberi perhatian agar memiliki tahap kecekapan aerodinamik yang tinggi. Untuk tujuan itu, SUV ini turut dilengkapkan dengan beberapa komponen aero aktif pada bahagian hadapan dan belakang untuk mengoptimumkan prestasi kereta, tahap kecekapan selain meningkatkan keselamatannya. 



Spesifikasi lain SUV ini masih belum didedahkan, namun media antarabangsa lain melaporkan, model ini memiliki kuasa dan prestasi yang menakjubkan dengan jarak perjalanan elektrik sekurang-kurangnya 800 km! Tiga motor SUV ini akan dikuasakan oleh bateri 120 kWh dan dapat mencapai output 794 bhp.


Turut dilaporkan, SUV ini akan dikeluarkan tanpa nama, motifnya, “Kami tidak mahu menyekat [pasaran segmen] dengan memberikan nama kepada kenderaan ini,” jelas Nada. 


Model ini dijangka akan dijual pada harga antara AS$160,000 hingga AS$180,000 (RM758K-RM853K) dan bakal menembusi pasaran Amerika Utara, Eropah, China, United Kingdom dan Negara-Negara Teluk.




Syarikat Itali ini turut merancang untuk menghasilkan sebuah sedan elektrik yang akan diperkenalkan pada bulan Februari akan datang. Sekiranya segala perancangan berjalan dengan lancar, kedua-dua model ini, SUV dan sedan bakal tiba di dalam tangan pelanggan pada tahun 2025 nanti.


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Syarikat EV Baharu, Aehra, Bakal Lancarkan EV Bergaya Lamborghini, Capai Jarak 800KM!


Baca: 700 Stesen EV Telah Disediakan Di Negara Ini


Baca: Honda Dedahkan Konsep EV, e:N2 Concept, di China


Baca: Lexus Paparkan Kereta Konsep SUV Elektrik, LF-Z Electrified Concept, Padat Dengan Kecanggihan!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT2162

SELANGOR

BSU2927

JOHOR

JF4049J

PULAU PINANG

PSG2327

PERAK

APM264

PAHANG

CFH9528

KEDAH

KGJ3877

NEGERI SEMBILAN

NEM2153

KOTA KINABALU

SJU4604

KUCHING

QAB7285P

Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

07-10-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

16-01-2026
Kereta Baru

31-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
EV

27-09-2025
Kereta Baru

24-06-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.