- Berita
- Berita Auto
- Imej Paten Nissan Serena C28 Terbongkar! Ini Reka Bentuk Serena Generasi Akan Datang
Imej Paten Nissan Serena C28 Terbongkar! Ini Reka Bentuk Serena Generasi Akan Datang

Imej paten Nissan Serena generasi akan datang telah terbongkar! Berdasarkan imej yang dipaparkan terlihat beberapa perbezaan antara Serena terkini iaitu versi facelift generasi ke-5 (C27) dengan rekaan yang dijangka untuk Serena generasi seterusnya (C28).
C27 yang telah dilancarkan pada bulan Julai tahun ini kelihatan hampir sama dengan imej paten yang dikongsikan, namun berikut adalah antara perbezaan yang dapat dilihat sekiranya diperhatikan secara terperinci.
DEPAN NISSAN SERENA C28

Dari sudut hadapan, C28 tampil dengan gril yang kelihatan sama seperti yang digunakan pada kereta konsep Nissan Chill-out atau prototaip SUV crossover generasi akan datang, Nissan LEAF. Lampu depannya bersambung sekata dengan gril dan tidak ‘tenggelam’ ke dalam bonet seperti yang terdapat ada C27. Bamparnya pula tampil dalam rekaan lebih ringkas.
BELAKANG NISSAN SERENA C28


Bergerak ke sudut belakang, tidak begitu banyak perubahan yang ketara namun jika diperhatikan secara mendalam, lebih ringkas berbanding C27. Imej paten ini memaparkan bagaimana lampu belakang dihubungkan oleh satu bar krom dan bukannya dua seperti pada Serena C27. Lampu belakang tegaknya juga lebih halus dan tidak lagi berlekuk. Dibawah lampu pula terdapat reflektor kecil.
SISI NISSAN SERENA C28


Dari tepi, perbezaan yang wujud juga tidak begitu ketara dengan sekali pandang namun ada bezanya. Ini dapat dilihat pada garis badannya yang sebelum ini agak beralun, C28 pula tampil dengan garis lurus yang bersambungan ke bahagian rel pintu gelungsung belakang. Bentuk dan keluasan cermin tingkap masih sama.
KESELURUHANNYA

Secara keseluruhannya, tidak begitu banyak perbezaan antara C27 dan C28, dan penilitian yang mendalam perlu dibuat untuk melihat perbezaan ini. Walaupun tidak ketara, C28 sebenarnya hadir dengan reka bentuk yang lebih ringkas berbanding C27.
PELANCARAN NISSAN SERENA C28
Nissan Serena terbaharu bakal dilancarkan di negara Jepun sebelum penghujung tahun ini.
Sumber: Headlightmag
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Nissan GT-R 2023 Dilancarkan Di AS Dengan Harga Dari RM500K
Baca: Nissan Serena S-Hybrid 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM149.8K
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!
Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!
27-12-2022
Nissan Serena S-Hybrid Baharu Dilancarkan 6 Julai Ini, Sudah Ada Di Bilik Pameran Nissan
Nissan Serena S-Hybrid baharu akhirnya bakal dilancarkan esok, 6 Julai 2022
05-07-2022
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah
Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.
19-12-2025
BIMS 2025: Nissan Serena C28, Model Ini Pun Masuk M'sia
Kemasukan MPV ini ke pasaran Thailand telah lama dijangkakan memandangkan model ini sudah dipertonton pada tahun lepas.
26-03-2025
Nissan Serena Baharu Dah Masuk Singapura
Nissan Serena C28 serba baharu turut membuat penampilannya di pameran Singapore Motor Show 2024.
17-01-2024
Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!
Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!
27-12-2022
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
