ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Hampir 80K Unit! Toyota Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Toyota Veloz


Toyota mengekalkan kedudukan sebagai jenama kereta bukan nasional nombor satu di Malaysia dengan jualan keseluruhan dalam tempoh 10 bulan pertama, Januari hingga Oktober sebanyak 79,308 unit.


Dalam satu kenyataan UMW Toyota Motor (UMWT) berkata, "Jumlah jualan kenderaan baharu bagi Oktober ialah 9,281 unit, merangkumi 9,175 unit untuk jenama Toyota, manakala baki 106 unit dari Lexus.


"Jumlah jualan bagi bulan dikaji adalah 0.5 peratus lebih tinggi berbanding September, malah prestasi jualan Oktober 2022 juga adalah 9.0 peratus lebih tinggi bagi perbandingan bulan sama tahun lalu," katanya.




Dalam tempoh tersebut, kedua-dua jenama Toyota dan Lexus telah mendaftarkan 80,153 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 47% berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencapai jualan 54,618 unit kenderaan.


Presiden UMWT, K Ravindran berkata, pasaran kereta semakin menunjukkan pemulihan sepanjang tahun ini walaupun situasi ekonomi masih lagi mencabar. 


"Terima kasih atas sokongan pelanggan setia kami, permintaan untuk kenderaan Toyota kekal tinggi dan bagi mereka yang terpaksa menunggu lebih lama untuk kenderaan baharu mereka, kami berusaha keras untuk memastikan penghantaran kenderaan mereka sepantas mungkin.


"Sebahagian pengeluaran kami masih terjejas tetapi yakinlah bahawa kami melakukan yang terbaik untuk menyerahkan kenderaan baharu secepat mungkin," katanya.


Baru-baru ini iaitu pada bulan Oktober, UMWT telah melancarkan Toyota Veloz yang tampil dengan pelbagai ciri premium demi keselesaan pengguna. Model dipasang tempatan (CKD) ini ditawarkan pada harga RM95,000, atas jalan tanpa insurans. 




Menurut Ravindran, “Penerimaan terhadap Veloz baharu sangat positif, dengan tempahan lebih daripada 7,000 unit diterima walaupun sebelum pelancaran.


"Ini tidak menghairankan kerana ia adalah Toyota, dan produk jenama itu terkenal dengan kualiti tinggi, ketahanan dan kebolehpercayaan. Selain produk yang dipercayai, kami menawarkan manfaat tambahan dalam memberikan pengalaman pemilikan terbaik kepada setiap pelanggan kami," katanya.


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K

Baca: [DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

Baca: Toyota Veloz Masih Belum Dilancar, Tapi Tempahan Sudah Cecah...

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ

Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.

24-09-2026
Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.