Kereta Hancur Angkara Tayar Lori, Apa Punca Tayar Lori Tercabut, Baca Ini..

Keadaan kereta Aruz hancur teruk angkara tayar lori.
Jangan main-main dengan tayar lori!
Ini kerana bumbung sebuah kereta jenis Perodua Aruz kemek teruk gara-gara terkena tayar yang tercabut dari sebuah lori.
Kejadian ngeri itu berlaku di di Kilometer 27.2 Lebuhraya Elite, semalam.
Satu klip video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan pemandunya berada dalam kenderaan itu dilihat memegang kepalanya manakala cermin kereta itu hancur.
Lelaki berkenaan dilihat berlumuran dengan darah namun bernasib baik kerana terselamat.
Difahamkan pemandu Aruz itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.
Sementara itu, bumbung Aruz itu kelihatan turut kemek teruk.

Tayar lori.
Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila tayar sebuah lori dipandu seorang lelaki tiba-tiba tercabut lalu menghentam kereta mangsa.
Pihak polis telah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan lori itu turut ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Lori itu ditahan untuk siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Satu kajian membabitkan 643 kes kemalangan akibat tayar tercabut antara 2000 hingga 2003 mendapati ada dua penyebab utama berlaku situasi itu, iaitu:
Nat rim longgar – 65%
Bering rosak – 26%
Lain-lain (seperti gandar dan suspensi rosak) – 9%
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isu Ferrari vs Aruz: Pemuda UMNO Sedia Bantu Peguam Percuma, Dr. Akmal Cari Pemandu Aruz
"Kepada abang pemandu Aruz ataupun siapa yang kenal dia, tolong kontak saya. Saya nak tuntutkan keadilan untuk abang pemandu Aruz, - Ketua Pemuda UMNO.
10-08-2026
Gara-Gara Tak Puas Hati, 2 Pemandu "Bertinju" Di Tengah Lebuhraya
Lagi pemandu gaduh di lebuhraya.
09-08-2026
Video Tular: Detik Pemandu Aruz Rempuh TembokTol
Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dia pandu terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Seberang Perai, malam tadi.
12-01-2026
Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!
Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.
05-08-2025
Perodua Ativa & Aruz Kini Dengan Rebat Cecah RM4K, Masa Terhad
Sempena akhir tahun, Perodua menawarkan promosi rebat istimewa mencecah RM4,000 bagi dua model terlarisnya, Ativa dan Aruz hingga 31 Disember akan datang.
21-11-2024
Isu Teknikal: JPJ Panggil Balik Alza, Aruz, Honda CB350RS
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS.
04-11-2024
SAH, Perodua Aruz Black Edition Bakal Dilancar!
Perodua bakal melancarkan Perodua Aruz Black Edition tidak lama lagi.
08-10-2024
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
