ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Menang Mercedes-Benz EQA? Mudah Sahaja, Sertai Mesra Bonanza Lagi Onz Hari Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kempen Mesra Bonanza Lagi Onz dilancarkan di ibu negara baru-baru ini.

Ada berita baik buat semua pelanggan Petronas! 

Ini kerana Petronas Dagangan berhad (PDB) baru sahaja melancarkan kempen terbaharunya,  Mesra Bonanza Lagi Onz dimana anda berpeluang menangi hadiah utama berupa sebuah Mercedes-Benz EQA.

Kempen ini telah bermula semalam dan akan berakhir pada 31 Januari depan. Namun mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk menangi hadiah mewah ini? Langkahnya mudah sahaja.

Anda hanya perlu membuat pembelian bahan api minimum RM40 di mana-mana stesen Petronas  atau transaksi runcit serendah RM10 di Kedai Mesra di dalam satu resit tunggal. Untuk makluman anda, setiap transaksi ini dikira sebagai satu penyertaan.


Mercedes-Benz EQA

Apa yang cukup menarik ialah para pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM700 secara terkumpul sepanjang tempoh kempen, mereka berpotensi membawa pulang hadiah utama itu.

Selain itu, para pelanggan yang menggunakan aplikasi Setel juga boleh mendapat penyertaan berganda, manakala pelanggan yang menggunakan kad debit, kredit atau menerusi CardTerus di aplikasi Setel pula berpeluang mendapat empat kali penyertaa

Skuter Honda ADV150.

Selain hadiah utama Mercedes-Benz EQA, dua pemenang di tempat kedua pula akan membawa pulang  baucar percutian bernilai RM15,000.

Malah, terdapat pelbagai hadiah yang bakal dimenangi setiap bulan seperti skuter Honda ADV150, Apple iPhone 14, jam pintar Garmin Venu SQ2 baucar minyak  minyak pelincir Petronas Syntium dan mata ganjaran Mesra.

NORAZLAN

Sementara itu, Pengurus Besar, Bahagian Runcit (Bahan Api) PDB, Norazlan Subaha  berkata, pihaknya sentiasa mencari langkah terbaik untuk menggembirakan para pelanggan setianya.

“Kami cukup teruja untuk memperkenalkan Mesra Bonanza Lagi Onz, kempen ganjaran kesetiaan yang inklusif yang kami pasti akan mengujakan pelanggan kami,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, layari MyMesra.com.my.


 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-04-2023
Pandu Uji

28-02-2023
Global

21-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.