ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

ORA Good Cat Masuk Malaysia, Ada 2 Varian, Harga Berbeza Mengikut Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui


Great Wall Motors (GWM) buat julung kalinya melancarkan kenderaan elektriknya, ORA Good Cat pada satu acara rasmi, sebentar tadi.

Ia didatangkan dengan dua varian iaitu ORA Good Cat 400 PRO ( RM139,800) dan ORA Good Car 500 Ultra pula dijual pada harga (RM169,800).

Melihat sahaja kepada luarannya, kereta comel ini tampil dengan beberapa rekaan yang moden dan ciri canggih.

Bagi varian ORA Good Cat 400 PRO, ia didatangkan dengan bateri lithium-ion phosphat iaitu 47.8kWh dan mampu bergerak sejauh 400 kilometer.

Sementara itu, varian tertinggi, 500 ULTRA pula, dilengkapi dengan dengan bateri yang lebih besar iaitu 63.1kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 500km untuk satu pengecasan penuh.

Menyentuh mengenai pengecasan, ia menggunakan biasa AC dimana varian 400 Pro memerlukan masa hingga lapan jam untuk baterinya penuh, manakala 500 Ultra memerlukan 10 jam.


Sebaliknya, dengan pengcesan pantas DC, tempoh pengecasan 400 Pro hanya sekitar  46 minit (32 minit jika dari 30-80 peratus manakala  500 Ultra pula ialah 60 minit dari 0-80 peratus.

Biar apapun pilihan anda, kedua-dua varian ini tetap menghamburkan kuasa yang sama. 

Untuk makluman anda, semua varian ini dilengkapi dengan  satu motor elektrik namun ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 141hp dan tork 210Nm tork.

Jentera ini digandingkan dengan  sistem pacuan roda depan, manakala kelajuan maksimum pula hanya  152 kilometer sejam.

Bagi penulis jentera ini agak sesuai untuk kaum wanita dan saya menggambarkan kenderaan ini seolah-olah seorang wanita bertubuh gempal yang berketinggian sederhana.

Apa tidaknya, rekaannya yang kelihatan agak membulat membuatkan ia kelihatan lebih menonjol apatah lagi bahagian hadapannya dipadankan dengan sepasang lampu utama berbentuk bulat.


Malah,  terdapat juga kemasan hitam berbentuk honeycomb. 

Menjengah bahagian sisinya, difahamkan kenderaan elektrik ini didatangkan dengan dua rim bersaiz 17 dan 18 inci namun ujar pihak syarikat ia bergantung kepada varian.


Jika anda meneliti bahagian belakangnya pula, lampu brek ketiga dilihat disepadukan ke dalam cermin belakang sekali gus membuatkan ia kelihatan cukup menawan.

Menyentuh sedikit mengenai kabin dalamannya pula, ia kelihatan agak mewah manakala papan pemuka, stereng agak mirip dengan warna luaran badan.


Jentera ini dilengkapi dengan skrin instrumen digital bersaiz 7 inci, pendingin hawa automatik bersama penapis udara PM2.5, skrin infohibur 10.25 inci, empat unit pembesar suara, port USB untuk dashcam dan pengecas tanpa wayar. 

Bagi varian 500, , terdapat fungsi urutan, enam speaker audi hi-fi. Bagi tempat duduk jentera,   ia dibaluti dengan kulit sintetik dua tona berwarna putih dan warna badan. 

Mengenai ciri keselamatan, ini yang ada pada ORA Good Cat:

Sensor parkir undur

Kawalan jelajah.

Dua atau enam beg udara (bergantung kepada varian)

Kawalan stabiliti automatik.

Bantuan daki bukit.

Brek kecemasan pada kelajuan rendah.

Ada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS). 

Ciri keselamatan 500 Ultra:

Sistem amaran perlanggaran hadapan.

Traffic Jam Assist

Bantuan Tukar Lorong

Pengesanan Titik Buta

Amaran Perlanggaran Belakang

Bantuan Lorong Kekal Kecemasan.

Amaran Lintasan Trafik Belakang.

Brek Trafik Lintasan Belakang

Jika anda berminat untuk membeli jentera ini, ia  hadir dalam dua pilihan warna dua tona iaitu hijau-putih, merah-hitam, beige-coklat dan hitam-putih. 


Ia juga  hadir bersama pakej 4 dalam 1 Purr-fect Package  termasuk jaminan selama lima tahun (150,000km), jaminan bateri sehingga 8 tahun (180,000km).

Apa yang cukup menarik ialah tawaran kos buruh percuma untuk servis sebanyak lima kali.

Apa pandangan anda mengenai jentera ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC3681

SELANGOR

BSQ7616

JOHOR

JYY5247

PULAU PINANG

PSC9848

PERAK

APJ1874

PAHANG

CFG7625

KEDAH

KGG4901

NEGERI SEMBILAN

NEK6414

KOTA KINABALU

SJS3901

KUCHING

QAB9782N

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

EV
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.