Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak

Peraduan ini akan berakhir pada 14 Februari 2023.
Adakah anak anda berbakat dalam bidang lukisan ?
Jika ya, inilah masa yang sesuai untuk melibatkan anak anda dalam peraduan “Dream Car Art Contest” (DCAC) yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor.
Peraduan buat kali ke-16 ini terbuka kepada semua golongan kanak-kanak di seluruh dunia.
DCAC telah bermula sejak semalam dan akan berakhir pada 14 Februari depan.
Seperti sedia maklum, peraduan ini diadakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi idea tentang mobiliti masa depan dengan melukis kereta idaman mereka.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya teruja kerana dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bersaing dengan rakan sebaya mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Kami berharap menerusi DCAC, kanak-kanak dapat memberi inspirasi dengan berkongsi visi mereka mengenai mobiliti masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengenai peraduan ini, ia dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
• Kategori 1: Peserta umur 7 tahun dan ke bawah
• Kategori 2: Peserta berumur 8-11 tahun
• Kategori 3: Peserta berumur 12-15 tahun
Ketiga-tiga pemenang dari setiap kategori di atas akan dipilih untuk bersaing di peringkat global pada 27 Februari nanti.
-full_normal.jpg)
Salah satu hasil lukisan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat.
Bagi memberi sedikit gambaran mengenai peraduan, anak anda boleh menghasilkan lukisan tangan, gambar scan atau dalam bentuk digital.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web Toyota: Toyota.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana
Pada bulan lepas, penulis diberi kesempatan untuk menguji keupayaan Toyota GR86.
01-03-2024
Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?
Ini komen dari luhur hati seorang mak-mak.
01-01-2024
PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?
Tunggu pengumuman rasmi UMWT, pada Isnin ini.
26-08-2023
Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda
Program Pembangunan Pelumba Muda yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing sejak dua tahun lalu kini menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan.
25-07-2022
Toyota Laku Keras
Jualan keseluruhan pada suku pertama 2024 kini meningkat kepada 47,000 unit.
16-07-2024
Toyota Corolla GR Sport, Boleh Tahan Sporty
UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara rasminya Toyota Corolla GR Sport sebentar tadi.
28-08-2023
UMWT Toyota Anjur Toyota Eco Youth, Terbuka Untuk Pelajar Sekolah
Menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan MAD Movement, UMW Toyota Motors melancarkan Toyota Eco Youth (TEY) edisi 2022/2023 dengan tema ‘Championing Mobility’.
04-11-2022
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

