Tahniah Chery, Jualan Semakin Melonjak, Berada Dalam 10 Jenama Kereta Terlaris

Barisan model Chery.
Chery International, pengeluar kereta jenama Chery mengorak satu langkah ke hadapan apabila ia berjaya mencatatkan jualan global lebih 1 juta unit baru-baru ini.
Untuk makluman, jualan global Chery telah mencapai 132,828 unit kenderaan pada Oktober lalu sekali gus menjadikannya bulan kelima berturut-turut di mana jualan bulanan syarikat melebihi 100,000 unit.
Pencapaian yang cukup memberangsangkan itu turut melonjakkan jualan global Chery bagi 10 bulan pertama 2022 kepada 1,026,758 unit kenderaan.
Difahamkan, ia merupakan kali pertama jualan tahunan Chery mencecah 1 juta unit yang mana ia mengatasi rekod jualan pada tahun lalu iaitu sebanyak 961,926 unit.
Jualan global yang dilihat semakin meningkat mungkin ada kaitan dengan beberapa model yang cukup hangat dalam kalangan penggemar jenama Chery.

Tiggo 7 Pro.
Antaranya, Tiggo 8 dan Tiggo 7. Tiggo 8 dan Tiggo 7 dikatakan menerajui pencapaian tersebut dengan jualan global sebanyak 159,500 unit (Tiggo 8) dan 134,900 unit (Tiggo 7) masing-masing dari Januari hingga Oktober lalu.
Sementara itu, prestasi syarikat di Amerika Selatan, Timur Tengah dan rantau lain juga dilihat terus mendapat sambutan menggalakkan.
Di pasaran Brazil, Chery telah menjual 29,854 unit sekali gus menguasai 2.38% pasaran, membuatkan ia kini berada dalam 10 jenama kenderaan terlaris.

Tiggo 8 Pro.
Lebih menarik, Tiggo, sedan Arrizo 6 cukup popular di Brazil. Bagi pasaran Timur Tengah, Chery dilihat turut mencatat peningkatan dari segi jualan.
Untuk itu, Tiggo 8 Pro telah menerima pujian media terkemuka sebagai "revolusi baharu yang dibawa ke pasaran Qatar" dan menerima gelaran "Perintis Terpintar".
Seiring dengan jualan Chery yang semakin meningkat syarikat tersebut akan menyediakan kenderaan bagi jabatan keselamatan serta kenderaan media bagi lebih 10 negara yang bersaing pada Piala Dunia Qatar 2022.
Chery juga akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi pemilik jenama Chery di seluruh dunia.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa
Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.
17-05-2024
Chery M'sia Tembusi Pasaran Sabah
Ada berita baik untuk orang Sabah kerana jenama Chery sudah mendarat di Sabah.
18-03-2024
Ramai Betul Minat Kereta Dari China
China sudah mengeksport 2.14 juta unit kenderaan pada separa tahun 2023.
19-07-2023
Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro
Chery Omoda 5 sudah hampir tiba di pasaran Malaysia. Perlukan kenderaan sama kategori buatan lain seperti Proton X50, Toyota Corolla Cross & Honda HR-V gusar? Berapa rasanya harga jualannya? Bersama Omoda 5, Chery juga akan memasarkan 4 lagi model lain iaitu Tiggo 8 Pro E+, Tiggo 8 Pro Max, Tiggo
10-01-2023
Chery Meterai Perjanjian Dengan Inokom
Chery Malaysia telah melantik Inokom Corporation untuk melakukan pemasangan tempatan keretanya di negara ini.
03-05-2023
Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro
Chery Omoda 5 sudah hampir tiba di pasaran Malaysia. Perlukan kenderaan sama kategori buatan lain seperti Proton X50, Toyota Corolla Cross & Honda HR-V gusar? Berapa rasanya harga jualannya? Bersama Omoda 5, Chery juga akan memasarkan 4 lagi model lain iaitu Tiggo 8 Pro E+, Tiggo 8 Pro Max, Tiggo
10-01-2023
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat