Cuti Sekolah Sudah Bermula, Pastikan Ada Alat Pemadam Api Dalam Kereta

Nampaknya, musim cuti sekolah sudah bermula esok manakala rata-rata golongan ibu bapa sudah balik ke kampung untuk menghantar anak mereka.
Tetapi adakah anda sudah menyelenggara kereta anda sebelum memulakan perjalanan jauh?
Jika tidak, penulis mencadangkan kepada pemandu untuk menangguhkan rancangan untuk balik kampung sehingga kereta diselenggara.

Seperti sedia maklum, jumlah trafik yang tinggi sebenarnya meningkatkan risiko kemalangan jalan raya yang turut berpotensi mengakibatkan berlaku kebakaran.
Apa tidaknya, pada tahun ini sahaja banyak kes membabitkan kenderaan terbakar di lebuh raya yang mana rata-ratanya melibatkan kereta dan lori.

Untuk itu alat pemadam api adalah salah satu peralatan keselamatan yang disyorkan untuk disimpan di dalam kenderaan.
Sebaliknya, Puspakom berkata, di Malaysia kenderaan persendirian tidak wajib memiliki alat pemadam api tetapi ia sangat berguna apabila berlakunya kemalangan yang menyebabkan kebakaran.

Harga alat ini tidak begitu mahal namun ia boleh selamatkan nyawa kita,” tulisnya di akaun rasmi Puspakom.
Malangnya, tinjauan rambang penulis ke atas pemilik kenderaan mendapati tahap kesedaran pemasangan alat pemadam api kenderaan dilihat masih rendah termasuk penulis sendiri.
Ini kerana rata-ratanya berpendapat keberangkalian berlaku kebakaran kenderaan adalah amat kecil.
Bagaimanapun, masih belum terlambat, anda boleh membeli alat pemadam api ini demi menyelamatkan nyawa sendiri dan keluarga.

Sebelum terlupa, bagi yang tidak tahu dimana alat pemadam api ini perlu dipasang, ia sebenarnya perlu dipasang di bawah tempat duduk penumpang hadapan bagi memudahkan ia dicapai pemandu ketika berlaku kecemasan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
17 Cawangan Puspakom Dibuka Sabtu, 12 & 19 Oktober Ini
Bagi memudahkan pelanggan yang sukar hadir untuk pemeriksaan kenderaan pada hari bekerja, PUSPAKOM kini melanjutkan operasi di beberapa cawangan.
05-10-2024
Puspakom Sasar Jadi Pusat Sehenti Kenderaan – Urus Penukaran Hak Milik Kenderaan
Puspakom Sdn Bhd kini dalam proses transformasi untuk menjadi pusat sehenti bagi semua urusan berkaitan kenderaan.
04-10-2024
Jadual Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom Bagi Oktober 2024
Jadual unit pemeriksaan bergerak Puspakom untuk Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak bagi bulan Oktober 2024 telah dikeluarkan.
04-10-2024
Ini Jadual Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom Bagi Ogos 2024
Jadual unit pemeriksaan bergerak Puspakom untuk Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak bagi bulan Ogos 2024 telah dikeluarkan.
30-07-2024
Operasi Puspakom Di 17 Lokasi Dilanjutkan Hingga Sabtu Ini
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) membuat pengumuman melalui Facebook rasminya bahawa operasinya akan dilanjutkan.
22-02-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat