Gentari, EVC Lancar Pengecas Awam 350 kW

Anak syarikat Petronas, Gentari Sdn Bhd melancarkan pengecas DC 350 kilowatt (kW) yang pertama di Asia Tenggara.
Pengecas yang beroperasi sepenuhnya untuk kenderaan elektrik (EV) itu terletak di X Park Sunway Serene, Zon Perindustrian Dagangan Bebas Sungai Way, Selangor.
Ia terdiri daripada satu pengecas super 350kW, 2 pengecas pantas DC dan 5 pengecas AC.

Harga pengecas DC dan AC.
Untuk makluman, X Park menjadi hab pengecasan EV pertama di Malaysia yang menerima lesen Suruhanjaya Tenaga (EC).
Maka, ia menjamin kemudahan dengan keselamatan struktur dan operasi bagi meningkatkan keyakinan terhadap ekosistem pengecasan EV di Malaysia.
Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razali berkata, “Hab pengecasan berkelajuan tinggi baharu milik Gentari di X Park Sunway Serene dijangka akan memberikan sumbangan besar ke arah menyokong ekosistem EV yang berdaya maju dengan meningkatkan lagi tahap keyakinan jarak pemanduan di kalangan pengguna EV dengan memberi tumpuan kepada pengalaman pengecasan di kawasan bandar."
"Sebagai sistem pengecasan pertama yang dilesenkan oleh EC, kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyokong usaha untuk menyeragamkan dan mentadbir sektor mobiliti hijau Malaysia yang sedang berkembang pesat, bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna."
"Gentari turut gembira kerana menjadi syarikat pertama yang menawarkan mekanisme penetapan harga bersamaan kilowatt-jam (kWj), yang membuktikan bahawa pasukan kami sememangnya sentiasa mengutamakan pelanggan dan pantas untuk bertindak,” katanya dalam satu kenyataan.
Dikhabarkan, Gentari dan EVC juga sedang membina satu lagi hab pengecasan di Resort Golf Bangi yang turut mendapat lesen dari EC.
Sementara itu, Pengarah Urusan EVC, Lee Yuen How pula berkata, lokasi di Sungai Way dilihat sesuai kerana ia dapat memenuhi keperluan para pengguna EV yang tinggal di kawasan kediaman dan perniagaan di sekitar Petaling Jaya, yang memerlukan kemudahan pengecasan yang boleh dipercayai dan mudah dengan masa pengecasan lebih singkat.
“Kami juga berharap dapat menyediakan pelbagai infrastruktur pengecasan pantas yang mampu milik dan mudah untuk diakses di X Park, Resort Golf Bangi dan hab-hab berlesen lain di seluruh negara pada masa akan datang,” katanya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia
Gentari Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) negara.
13-10-2022
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat