Peluang Bercuti Selama 8 Hari Di Türkiye Untuk Pelanggan Petron! Ini Caranya...

Siapa yang tidak teringin untuk ke negara penuh sejarah, Türkiye? Kalau ini merupakan salah satu impian yang lama anda simpan, ayuh menjadi pelanggan setia Petron!
Petron Malaysia kini bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Turkiye menjalankan kempen “Jom Jalan-Jalan Türkiye” yang berlangsung dari 15 Disember 2022 hingga 15 Mac 2023 untuk memberi peluang kepada pelanggan Petron Miles (P-Miles) memenangi percutian yang diimpikan.

Sepanjang tiga bulan kempen berlangsung, pelbagai aktiviti di luar dan di dalam talian diadakan untuk orang ramai. Kempen bermula dengan acara “Turkish Grand Bazaar” yang diadakan di Paradigm Mall antara 15-18 Disember 2022. Sebelum diikuti dengan aktiviti dan pameran menarik lain di stesen Petron yang terpilih. Pertandingan media sosial turut akan diadakan.
SERTAI KEMPEN PROMOSI JOM JALAN-JALAN TÜRKIYE
Terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles. Pelanggan perlu memuat turun dan mendaftar pada aplikasi mudah alih Petron Miles apabila membuat pembelian petrol.
Penyertaan adalah automatik dengan pembelian petrol minimum pada RM50 di mana-mana stesen Petron di seluruh negara untuk layak memasuki cabutan bertuah.
Seramai 336 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM300,000.
Seorang pemenang Hadiah Utama akan menikmati pakej pelancongan 8 hari dan 7 malam yang bernilai lebih RM50,000 bersama seorang rakan dengan menaiki penerbangan kelas perniagaan Turkish Airlines.
Selain daripada Hadiah Utama, lima lagi pemenang Hadiah Pertama akan dipilih. Setiap pemenang akan mendapat pakej percutian 8 hari dan 7 malam untuk dua orang dengan tiket penerbangan pergi balik Kelas Ekonomi dan akses ke lounge Plaza Premium.
Pemenang pakej ini akan mendapat pengalaman unik meneroka bandar purba di negara Türkiye, mencuba makanan tempatan dan merasai sendiri kepelbagaian budaya di negara ini. Turut ditawarkan dalam pakej pelancongan ialah peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia.
Selain itu, seramai 330 pemenang Hadiah Saguhati akan dipilih. 30 pemenang akan menerima bagasi American Tourister bernilai RM800, dan 300 pemenang lagi akan menikmati mata P-Miles bernilai RM500. Semua pemenang bagi setiap kategori hadiah akan diumumkan selepas kempen selama tiga bulan berakhir.
'Jom Jalan-Jalan Türkiye' akan berlangsung dari 15 Disember 2022 hingga 15 Mac 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.petronmiles.com.my
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Petron Catat Untung Bersih 3 Kali Ganda Walaupun Harga Minyak Menjunam
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengekalkan prestasi kewangan kukuh pada suku kedua 2025.
21-08-2025
Petron Rinching Kumpul E-Sisa Secara Pandu Lalu
Petron Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada Sabtu lalu, telah melancarkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik & Elektronik (e-sisa).
24-06-2024
Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri
Petron Malaysia berkolaborasi dengan PDRM, JPJ, Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.
04-04-2024
Isi Minyak Di Petron, Rebut Peluang Melancong Ke Korea
Ada berita baik buat pemegang kad P-Miles.
15-12-2023
Kini Pengguna BHPetrol & Petron Boleh Guna E-Dompet TrueMoney – Cepat & Mudah!
BHPetrol dan Petron kini menjalankan kerjasama dengan platform pembayaran digital terkemuka.
06-11-2023
Selamatkan Diri Di Petron – Pekerja Terlatih, Ada Sudut Bantuan Keselamatan
26 pengusaha stesen minyak Petron menerima penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas penglibatan mereka dalam program Go-To-Safety-Point (GTSP).
31-10-2023
Kakitangan & Pengusaha Stesen Minyak Petron Turun Padang, Bersihkan Stesen Yang Dinaiki Banjir
Petron mengadakan kutipan derma melalui VIA untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas.
27-01-2022
Bayar RM50 & Dapat 2 Pas RM50 RapidKL! Rebut Cepat!
Hanya bayar RM50 dan dapatkan 2 pas RM50 RapidKL! Ini caranya...
03-11-2022
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

