ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peluang Bercuti Selama 8 Hari Di Türkiye Untuk Pelanggan Petron! Ini Caranya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Siapa yang tidak teringin untuk ke negara penuh sejarah, Türkiye? Kalau ini merupakan salah satu impian yang lama anda simpan, ayuh menjadi pelanggan setia Petron! 


Petron Malaysia kini bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Turkiye menjalankan kempen   “Jom Jalan-Jalan Türkiye” yang berlangsung dari 15 Disember 2022 hingga 15 Mac 2023 untuk memberi peluang kepada pelanggan Petron Miles (P-Miles) memenangi percutian yang diimpikan. 




Sepanjang tiga bulan kempen berlangsung, pelbagai aktiviti di luar dan di dalam talian diadakan untuk orang ramai. Kempen bermula dengan acara  “Turkish Grand Bazaar” yang diadakan di Paradigm Mall antara 15-18 Disember 2022. Sebelum diikuti dengan aktiviti dan pameran menarik lain di stesen Petron yang terpilih. Pertandingan media sosial turut akan diadakan. 


SERTAI KEMPEN PROMOSI JOM JALAN-JALAN TÜRKIYE ​​


Terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles. Pelanggan perlu memuat turun dan mendaftar pada aplikasi mudah alih Petron Miles apabila membuat pembelian petrol. 


Penyertaan adalah automatik dengan pembelian petrol minimum pada RM50 di mana-mana stesen Petron di seluruh negara untuk layak memasuki cabutan bertuah.


Seramai 336 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM300,000.


Seorang pemenang Hadiah Utama akan menikmati pakej pelancongan 8 hari dan 7 malam yang bernilai lebih RM50,000 bersama seorang rakan dengan menaiki penerbangan kelas perniagaan Turkish Airlines.


Selain daripada Hadiah Utama, lima lagi pemenang Hadiah Pertama akan dipilih. Setiap pemenang akan mendapat pakej percutian 8 hari dan 7 malam untuk dua orang dengan tiket penerbangan pergi balik Kelas Ekonomi dan akses ke lounge Plaza Premium.


Pemenang pakej ini akan mendapat pengalaman unik meneroka bandar purba di negara Türkiye, mencuba makanan tempatan dan merasai sendiri kepelbagaian budaya di negara ini. Turut ditawarkan dalam pakej pelancongan ialah peluang untuk menaiki belon udara panas di Cappadocia.


Selain itu, seramai 330 pemenang Hadiah Saguhati akan dipilih. 30 pemenang akan menerima bagasi American Tourister bernilai RM800, dan 300 pemenang lagi akan menikmati mata P-Miles bernilai RM500. Semua pemenang bagi setiap kategori hadiah akan diumumkan selepas kempen selama tiga bulan berakhir.   


'Jom Jalan-Jalan Türkiye' akan berlangsung dari 15 Disember 2022 hingga 15 Mac 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.petronmiles.com.my


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG5063

SELANGOR

BSR6750

JOHOR

JA4518J

PULAU PINANG

PSD8934

PERAK

APJ9306

PAHANG

CFH1913

KEDAH

KGH1537

NEGERI SEMBILAN

NEK9538

KOTA KINABALU

SJT1351

KUCHING

QAB2172P

Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

24-10-2024
Berita Auto

05-04-2024
Berita Auto

16-12-2022
Berita Auto

09-09-2022
Berita Auto

Kakitangan & Pengusaha Stesen Minyak Petron Turun Padang, Bersihkan Stesen Yang Dinaiki Banjir

Petron mengadakan kutipan derma melalui VIA untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas.

27-01-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.