SDRAC Serah Sumbangan Berjumlah RM41,280 Untuk Penyelidikan Kanser CRMY

Majlis Penyerahan Sumbangan Sime Darby Rent-A-Car Sdn Bhd (SDRAC) kepada Cancer Research Malaysia (CRMY)
Sime Darby Rent-A-Car Sdn Bhd (SDRAC) telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM41,280 kepada Cancer Research Malaysia (CRMY).
Sebelum ini, SDRAC telah mengadakan kempen kutipan dana yang mana RM40 daripada transaksi sewaan harian jangka pendek sepanjang bulan Oktober disalurkan kepada penyelidikan kanser CRMY. Kempen ini diadakan bersempena dengan hubungan kerjasama bersama CRMY yang telah terjalin sekian lama dan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun yang ke-40 SDRAC dalam perniagaan sewa kereta.
Kutipan yang berjaya dibuat sepanjang bulan tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham kepada Ketua Pegawai Saintifik CRMY, Profesor Datin Paduka Dr Teo Soo-Hwang, dan Ketua Pegawai Operasi CRMY, Andy Khoo.

Andrew Basham berkata, “Selain komitmen kami untuk terus menaik taraf industri automotif, kami juga mahu menabur bakti menerusi usaha seperti ini. Berbekalkan inisiatif SDRAC ini, kami berharap untuk berganding bahu dengan penerima lain menerusi Yayasan Sime Darby, untuk terus melakukan perubahan positif dalam kalangan masyarakat.”
Sementara itu, Profesor Datin Paduka Dr Teo pula mengulas, “Kami berbesar hati untuk menerima sumbangan daripada SDRAC dan juga sokongan tegar daripada mereka. Penghidap kanser payudara di Malaysia yang berpendapatan rendah mempunyai kebarangkalian dua kali lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat kanser payudara berbanding warga Singapura atau Korea – ia disebabkan gejala penyakit yang lewat dikesan, lantas menjadikannya lebih sukar untuk dirawat.

“Inisiatif yang dilaksanakan oleh SDRAC adalah sangat penting untuk meningkatkan kesedaran bahawa kanser payudara merupakan penyakit yang lazimnya boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Dana yang dikutip akan membantu kami dalam usaha berterusan untuk menangani kebimbangan tentang kanser di Malaysia, dengan mencari kaedah yang lebih baik untuk merawat, melakukan diagnosis dan mencegah kanser Dengan itu, kami berharap is dapat mengatasi jurang yang dihadapi oleh penduduk Asia,” katanya.
Turut diadakan, webinar kesedaran kanser payudara yang dikendalikan oleh Timbalan Ketua Khidmat Masyarakat di CRMY, Maheswari Jaganathan selain sesi perbincangan tentang kanser payudara secara maya bertema ‘Menangani Kanser Payudara Untuk Meningkatkan Kelangsungan Hidup.’
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Perodua Hulur Sumbangan Peralatan Perubatan Berjumlah RM151K Kepada 2 Hospital Awam
Baca: MMM Jalankan Tanggungjawab Sosial, Sumbang Tiga Triton
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Keuntungan Sime Darby Menjunam 43%, Prestasi FY2025 Dijangka Terjejas
Sime Darby Bhd menjangkakan prestasi kewangan terasnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (FY2025) akan lebih lemah berbanding tahun sebelumnya.
28-05-2025
Kadar Cukai Naik, Sime Darby Bakal Kemas Kini Harga Kenderaan
Sime Darby Bhd bakal mengemaskini harga kenderaan dalam porfolio syarikatnya di Malaysia.
25-02-2024
SDAS Bekerjasama dengan Bosch Untuk Tawar Penjagaan Kereta
SDAS bekerjasama dengan Bosch untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf premium.
27-01-2022
Perodua Hulur Sumbangan Peralatan Perubatan Berjumlah RM151K Kepada 2 Hospital Awam
Dua hospital awam menerima sumbangan daripada Perodua.
14-12-2022
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

