- Berita
- Berita Auto
- Senarai Kereta Mewah Lionel Messi! Pemilik Kereta Termahal Dunia Berharga AS$30 Juta!
Senarai Kereta Mewah Lionel Messi! Pemilik Kereta Termahal Dunia Berharga AS$30 Juta!

Kemenangan Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2022 (Sumber: Clive Brunskill/Getty Images)
Akhirnya Piala Dunia FIFA 2022 telah menutup tirainya semalam dengan kemenangan berpihak pada Argentina yang berjaya mengalahkan pasukan negara Perancis melalui sepakan penalti yang menjadi penentu selepas kedua-dua negara seri 3 sama dalam perlawanan yang penuh dramatik!
Kemenangan dalam acara yang menjadi tontonan dunia ini cukup bermakna buat pemain terbaiknya, Lionel Messi, 35, sebagai perlawanan terakhirnya sebelum bersara.
Sepanjang perlawanan Piala Dunia ini, jaringan demi jaringan dihadiahkan sekali gus menjadikannya pemain terbaik kejohanan ini apabila dianugerahkan dengan Bola Emas.

Messi bawa pulang Bola Emas (Sumber: CNN)
Bukan Sekadar Hebat Mengatur Aksi Di Padang, Lionel Messi Juga Hebat Dengan Koleksi Keretanya!
Sebagai antara pemain termahal di dunia, tidak hairanlah kalau beliau boleh memiliki apa sahaja yang diinginkan. Forbes melaporkan, antara bulan Mei 2021 hingga Mei 2022 sahaja, Messi membawa pulang sebanyak AS$130 juta! Sumber lain pula melaporkan jumlah kekayaannya mencecah AS$620 juta!
Koleksi Kereta Lionel Messi
#1 Ferrari 335 S Spider Scaglietti

Kereta termahal yang dimiliki Messi, Ferrari 335 S Spider Scaglietti ini dilaporkan dibeli pada harga AS$29,296,800 dalam satu acara lelongan pada tahun 2016. Kereta keluaran tahun 1957 ini pernah digunakan oleh Stirling Moss di Grand Prix Cuba.
#2 Pagani Zonda Tricolore

Model kereta paling eksotik dalam koleksi Messi ialah Pagani Zonda Tricolore yang juga dikatakan sebagai kereta terpantas di dunia. Model ini menggunakan enjin V12 7.3L yang digabungkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Messi membayar sekitar AS$2 juta untuk memiliki kereta unik ini.
#3 Kereta Audi

Audi RS6 milik Messi
Messi memiliki beberapa buah kereta Audi seperti Audi RS6 yang berharga kira-kira AS$108,000, Audi A7 berharga kira-kira AS$69,200 dan Audi Q7 yang berharga sekitar AS$54,590.

Messi bersama Audi A7 beliau

Messi bersama Audi Q7
#4 Mercedes SLS AMG

Seterusnya ialah sebuah kereta sporty Mercedes SLS AMG yang dibeli pada harga sekitar AS$642,490. Model ini dikuasakan oleh enjin V8 DOHC 6.2L.
#5 Maserati Gran Turismo MC Stradale

Messi turut memiliki Maserati Gran Turismo MC Stradale yang menggunakan enjin V8 4.7L yang dibeli pada harga AS$242,100.
#6 Ferrari F430 Spyder

Selain Ferrari 335 S Spider Scaglietti, kereta Ferrari lain yang turut menjadi sebahagian koleksi Messi ialah Ferrari F430 Spyder yang menggunakan enjin V8 Ferrari F136 E 4.3L dengan kuasa mencecah 503 hp. Model ini dibeli pada harga AS$164,490.
#7 Dan banyak lagi kereta lain!

Cadillac Escalade yang boleh memuatkan sehingga 8 orang penumpang sesuai untuk beliau yang juga bergelar seorang ayah kepada beberapa cahaya mata
Berikut adalah senarai kereta lain yang terdapat dalam koleksi beliau beserta anggaran harganya:
Cadillac Escalade: Berharga kira-kira AS$75,195.
Mini Cooper: Berharga kira-kira AS$19,733.
Range Rover Vogue: Berharga kira-kira AS$200,000.
Range Rover Sport: Berharga kira-kira AS$69,500.
Cadillac Escalade: Berharga kira-kira AS$75.195.
Lexus RX 450h: Berharga kira-kira AS$46,800.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat