Tahniah Omoda 5, Terima 5 Bintang Daripada Ujian Euro NCPA

Tahukah anda, Chery Omoda 5 telah menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP), baru-baru ini.
Difahamkan, prestasi Omoda 5 dalam ujian ini dinilai berasaskan kualiti serta keperluan dan kehendak pengguna, di mana permintaan utama pengguna global diambil kira dari segi R&D dan reka bentuk.
Malah, OMODA 5 bukan sahaja mencatat perkembangan positif dari segi konfigurasi keselamatan tetapi turut menjalankan pengesahan pembangunan adaptif dalam persekitaran termasuk keadaan jalan raya yang berbeza diseluruh dunia.
Bukan itu sahaja, jentera ini juga menerima kelulusan Ujian Tri-Extreme, yang dijalankan dalam keadaan ekstrem suhu rendah (-40°C), suhu tinggi (hampir 50°C) serta ketinggian 5,200 meter.
Bagi yang tidak tahu mengenai pembuatan Omoda 5, tahukah anda, 78 peratus daripada badan Omoda 5 diperbuat daripada keluli kekuatan tinggi yang mampu menahan tekanan sehingga 1,800 MPa.

Kerangka badannya telah direka dan dihasilkan dengan teliti untuk mengekalkan struktur keseluruhannya tanpa berubah bentuk sekiranya berlaku perlanggaran.

Selain itu, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) digabungkan dengan 16 fungsi, termasuk kawalan jelajah adaptif untuk menjaga keselamatan dan keselesaan pemandu serta penumpang.

Ia juga didorong oleh pengiktirafan taraf global keselamatan dan kualiti, Omoda 5 sekali gus membuatkan ia mampu melangkah ke pentas antarabangsa dengan keyakinan baharu.
Setakat ini, SUV tersebut telah dilancarkan di China, Kuwait, Israel dan dan akan dilancarkan ke beberapa negara lain.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge