Toyota Umum 3 Model GR Akan Dilancar Pada Tahun Depan

UMW Toyota Motor mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan tiga model GR yang menggunakan transmisi manual pada tahun hadapan.
Perkara itu disahkan sendiri Presiden UMWT, K. Ravindran dalam satu acara yang diadakan bersama media di ibu negara, kelmarin.
Tiga model yang dimaksudkan itu ialah:
• Toyota GR86
• Toyota GR Corolla
• Toyota GR Supra
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai ketiga-tiga model ini masih didedahkan secara terperinci.

Namun bagi GR Corolla, ia sudah pun selamat mendarat di pasaran Thailand sempena acara Thailand International Motor Expo 2022 yang diadakan pada minggu lalu.

Jentera ini dijual pada harga dijual 3.949 juta baht (RM500,352). Jadi, berdasarkan harga jualan di Thailand, GR Corolla ini mungkin akan dijual lebih RM400,000.
Apapun kita tunggu pengumuman rasmi UMW Toyota Motor nanti!
Mengenai daya prestasinya, GR Corolla dipadankan dengan enjin tiga silinder yang sama seperti GR Yaris iaitu 1.6 liter turbo.
Enjin yang digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan Intelligent Manual (iMT) ini, mampu menjana kuasa 304hp dan tork 370Nm.
Bagi GR Supra pula, ia merupakan salah satu model dengan kotak gear Intelligent Manual Transmission (i-MT) dan dipadankan dengan enjin 3.0 liter enam silinder turbo sahaja.
Jika anda masih ingat, GR Supra telah dibawa ke pasaran Malaysia pada September 2019. Pada masa itu, hanya satu varian GTS 3.0L dijual iaitu pada harga RM568,000.



Sementara itu, GR86 yang merupakan kembar kepada Subaru BRZ pula dikuasakan oleh enjin 2.4 liter aspirasi biasa 235PS dan tork 250Nm.
Apapun kita tunggu sahaja pengumuman UMW yang seterusnya berhubung harga dan spesifikasi ketiga-tiga model ini nanti.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan tiga model ini, teruskan bersama Caricarz!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser
Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.
31-07-2025
Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan
Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.
25-06-2025
Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?
Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.
23-05-2025
UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025
Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama.
20-05-2025
UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.
12-04-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge