Angkara Dua Kereta Lumba Bergesel, Seorang Penonton Terkorban
Gara-gara sebuah kereta lumba terbabas sehingga terkeluar dari litar menyebabkan seorang penonton terkorban ketika menonton perlumbaan itu pada jarak dekat di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak semalam.
Apa yang cukup menghairankan ialah bagaimana pihak penganjur boleh membenarkan para penonton berdiri di kawasan berumput yang cuma dalam jarak 30 kaki dari litar lumba itu dan tiada sebarang penghadang diletakkan di lokasi kejadian.
Untuk makluman anda, litar lumba perlu mempunyai ciri ciri keselamatan seperti benteng, beg udara, beg habuk papan dan juga kawasan tersasar (run-off) yang telah direka untuk mengurangkan risiko kecederaan.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan lelaki malang itu yang merupakan pengusaha bengkel kenderaan telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang.

Dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kenderaan tersebut terbabas. - Foto Sinar Harian/media sosial
Difahamkan kedua-dua kenderaan bergesel antara satu sama lain semasa menghampiri garisan penamat mengakibatkan kedua-duanya gagal dikawal.
“Satu daripadanya terbabas ke kanan laluan litar lalu memasuki bahagian berumput, yang ketika itu terdapat beberapa penonton sedang berdiri menyaksikan perlumbaan dan hanya melanggar seorang penonton.
Bagaimanapun, tiada mangsa lain terlibat dalam insiden itu dan polis kini masih menjalankan siasatan lanjut.
Untuk info, kejadian berlaku ketika pertandingan “CCT Battle of Champion” berlangsung di litar itu membabitkan penyertaan 60 kereta.
Semasa pertandingan diadakan, ia membabitkan kategori 1800cc untuk lima pusingan membabitkan 12 Proton Satria.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat