ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW 3 Series, Ada 3 Varian: 320i, 330i, 330e

Suhana Veru

Kongsi melalui


BMW Malaysia melancarkan BMW 3 Series 2023  dalam satu acara berprestij yang diadakan di ibu negara, pagi tadi.

Untuk makluman anda, ia hadir dalam tiga varian itu iaitu BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport.


BMW 320i M Sport dijual pada harga RM283,800, BMW330i M Sport (RM317,800) dan BMW 330e M Sport (RM298,800).  Kesemua harga ini melibatkan pakej lanjutan jaminan dan servis tetapi tidak termasuk insurans.


Model pemasangan tempatan itu menampilkan bahagian luaran yang cukup memukau manakala kabin dalamannya pula lebih menumpukan kepada ciri moden.


Kali ini, lampu utama LED menampilkan rekaan baharu kerana agak lebar manakala lampu DRL berbentuk L terbalik. 


BMW 3 Series 2023 menonjolkan sifat kejantannya dengan imej ikonik selainrekaan luaran yang sporty dan penampilan dinamiknya. Bahagian depan terus dihiasi dengan rekaan “kidney grille” yang baharu.


Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata, penampilan tiga varian BMW 3 Series yang baharu untuk pasaran Malaysia menjanjikan pemanduan yang cukup sempurna.

“Buat masa ini, BMW 3 Series kekal menjadi model terlaris dan pihak kami telah menyerahkan 2,300 kepada pemiliknya pada tahun lalu,” katanya.

Sedikit latar belakang mengenai BMW 3 Series, ia dilihat mempamerkan revolusi dalam inovasi, hadir dengan ruang interior yang serba baharu dan agak moden. 


Buat julung kalinya, ia didatangkan bersama BMW Curved Display selain mengekalkan imej sporty yang sinonim dengan BMW 3 Series.

Jentera itu juga menampilkan  siluet yang dinamik serta auranya yang tersendiri , manakala reka bentuk hadapan dan belakang yang baharu dilihat lebih ekspresif.


Bagi BMW 320i M Sport, ia memuatkan enjin empat silinder sebaris yang membekalkan maksimum184 kk (135 kW) dan 300 Nm tork, selain mampu memecut dari  0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.4 saat sahaja. Kelajuan maksimumnya pula dihadkan pada paras 235 km/j.

BMW 330i M Sport  pula hadir dengan enjin empat silinder sebaris dimana ia menghasilkan kuasa 258 kk (190 kW) dan 400 Nm tork, manakala daya pecutan dari 0 – 100 km/j mencatatkan masa sekitar 5.8 saat sahaja,

Kelajuan varian ini juga dihadkan pada paras 250 km/j. Menyentuh mengenai rangkaian  kuasa hibrid ‘plug-in’, BMW 330e M Sport baharu pula mampu menjana output gabungan maksimum berjumlah 292 kk (215 kW) dan tork 420 Nm.

Sementara itu, motor elektriknya mampu menjana 109 kk (80 kW) dan tork 265 Nm sekali gus membolehkan  5.8 saat, dan kelajuan tertingginya dihadkan pada paras 230 km/j.

Sebagai standard, varian-varian BMW 3 Series baharu akan didatangkan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan.


Menjengah bahagian dalamannya, terdapat termasuk BMW Live Cockpit Professional yang dikuasakan oleh versi Sistem Operasi BMW 8.

Selain itu, paparan maklumatnya bersaiz 12.3-inci dan paparan kawalan skrin sentuh pula 14.9-inci.

Antara kelengkapan lain ialah BMW Intelligent Personal Assistant, operasi skrin sentuh menggunakan slrin paparan kawalan, BMW iDrive Controller dan juga unit kawalan sesentuh dengan akses langsung. 

Ia menjadi sebahagian daripada BMW Live Cockpit Professional dan paparan BMW (BMW Head-Up Display).


Tidak ketinggalan ciri digital standard seperti  Comfort Access, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan BMW ID. Connected Package Professional, yang merangkumi pelbagai perkhidmatan digital seperti Perkhidmatan Jarak Jauh, Apple CarPlay® dan Android Auto TM.


Ia adalah salah satu ciri yang didatangkan secara standard dalam kesemua model BMW mulai 2023. 

Dengan aplikasi My BMW, pemandu juga boleh mengakses pelbagai fungsi sokongan yang membentuk sebuah pengalaman mobiliti yang baharu.

Mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, ia menampilkan Amaran Tukar Laluan dengan intervensi stering aktif, Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Amaran Perentasan Trafik Belakang, Amaran Perlanggaran Belakang, Info Had Kelajuan dan Bantuan Had Kelajuan manual.


 Sementara itu, Sistem Bantuan Parkir pula menampilkan kemudahan Bantuan Parkir, Kawalan Jarak Parkir Aktif (PDC), Bantuan Parkir Lateral dan juga Kamera Bantuan Mengundur. 

Turut disertakan secara standard ialah Bantuan Mengundur, yang menyimpan rekod pergerakan hadapan kenderaan yangnterakhir sejauh 50 meter dan ia dapat mengundurkan kenderaan ini dengan pergerakan yang sama jika pemandu inginkan.

Bagi yang berminat untuk membeli jentera ini, pemilik BMW 3 Series dikatakan bakal menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia.

Ia  meliputi: waranti tanpa had perbatuan selama lima tahunTanpa Had Perbatuan Program Servis Berjadual percuma, Bantuan Tepi Jalan,  Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW, Servis Dalam Talian BMW.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2481

SELANGOR

BSP195

JOHOR

JYU4360

PULAU PINANG

PSB2741

PERAK

APG4968

PAHANG

CFG1528

KEDAH

KGF2077

NEGERI SEMBILAN

NEJ9820

KOTA KINABALU

SJR2831

KUCHING

QAB5253N

Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot'  2026

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk  Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.