BMW M3 CS, Lebih Ringan, Lebih Berkuasa, Harga Pun Boleh Tahan

BMW memperkenalkan jentera yang agak ringan dan lebih berkuasa, BMW M3 CS 2024 baru-baru ini.
Buat masa ini, BMW M3 CS hanya ditawarkan di peringkat global.

Kenapa jentera ini dikatakan lebih berkuasa? Apa tidaknya, ia disumbat dengan enjin enam silinder sebaris S58 3.0 liter turbo berkembar.

Ini bermakna ia mampu menghamburkan kuasa 543hp dan tork 650Nm.
Fuh, walaupun cuma menaip angka kuasa kudanya, saya sudah merasai deruman enjinnya dan daya pecutannya di atas jalan raya.
Menyentuh mengenai daya pecutannya, jentera ini dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 96 kilometer sejam hanya dalam 3.2 saat.

Untuk makluman anda, pasukan membuang berat sebanyak 34 kilogram apabila mereka menggunakan lebih banyak bahan plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) pada hud, splitter depan, liang kemasukan udara, perumah cermin sisi, bumbung, diffuser belakang dan spoiler belakang.

Sementara itu, sistem ekzosnya pula menjalani program diet dengan menggunakan peredam titanium.

Melihat kepada luarannya, ia masih mengekalkan reka bentuknya standard M3 dimana ia menggunakan gril kidney yang agak besar gedabak.

Selain itu, ia dipadankan dengan lampu nyalaan siang DRL berwarna kuning yang mana ia masih mengikut tema M4 CSL, M5 CS.

Ia juga menggunakan kemasan kontur jeriji berwarna merah selain rim 19 inci di hadapan manakala 20 inci di belakang.
Kesemua tayarnya menggunakan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

Menjengah bahagian dalamannya pula, terdapat paparan bersaiz 12.3 inci manakala skrin infotainmennya pula sekitar 14.9 inci.

Terdapat juga sistem bunyi Harman Kardon Surround Sound. Di sebalik info ini, mungkin anda tertanya-tanya mengenai harga BMW M3 CS 2024?

Jangan terperanjat!
Harga jualan BMW M3 CS 2024 ini bermula dari $118,700 (RM507,205).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
BMW M3 CS Touring 2025, Jentera Berprestasi Tinggi Yang Praktikal
Syarikat automotif mewah Jerman, BMW, melalui cabang model kenderaan berprestasinya, BMW M, telah memperkenalkan model terbaru, M3 CS Touring.
31-01-2025
Macam-Macam Acara Disediakan
ian Siang Premium Auto akan mengadakan acara M Town by Tian Siang di Juru, Pulau Pinang pada Sabtu ini.
06-09-2023
Kehadiran BMW M3 Touring Di Pasaran, Buat Pesaingnya "Berpeluh"
BMW melancarkan model wagon, BMW M3 Touring pada Jun tahun lalu sudah pasti membuatkan pesaingnya “panas punggung”.
07-02-2023
BMW Malaysia Umum Harga Terkini Tahun 2023: EV iX Kini Naik RM24K, M3 Naik RM30K
BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga rasmi yang terbaharu bagi tahun 2023 dengan kenaikan sehingga RM30,000
26-01-2023
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

