ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ketua Pegawai Operasi Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda bakal meletakkan jawatan (Sumber: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)


Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini. 


Toyoda yang kini berusia 66 tahun akan mengambil alih tempat Takeshi Uchiyamada yang akan bersara tidak lama lagi sebagai pengerusi lembaga pengarah. Toyoda merupakan cucu kepada pengasas syarikat, Kiichiro Toyoda, dan telah memegang jawatan sebagai CEO di syarikat tersebut sejak tahun 2009 lagi. 


Tanggungjawabnya akan digalas oleh Koji Sato yang kini merupakan Presiden jenama mewah di bawah Toyota, Lexus dan juga divisyen sukan permotoran Toyota, Gazoo Racing. Sato, 53, telah memegang jawatan ini sejak tahun 2020. 


Presiden Lexus dan Gazoo Racing, Koji Sato (Sumber:  REUTERS/Kim Kyung-Hoon)


Pengumuman ini mungkin menjadi tanda perubahan strategik yang akan berlaku dalam organisasi tersebut terutamanya membabitkan pendekatan dan komitmen syarikat terhadap kenderaan elektrik (EV). Di bawah Toyoda, syarikat masih kelihatan teragak-agak untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada penghasilan EV. 


Reputasi EV pertama Toyota, bZ4X juga tidak begitu baik apabila penjualan model tersebut pernah dihentikan sementara dan dipanggil semula ekoran risiko roda tertanggal kerana bolt hab pada roda yang mudah longgar. 


Toyota bZ4X


Menurut Toyoda, “Kerana minat mendalam yang saya miliki terhadap kereta, saya seorang yang agak ‘tradisional’ dalam hal pendigitalan, kenderaan elektrik dan ciri ketersambungan kereta,” lapor The Financial Times. 


“Saya tidak boleh pergi lebih daripada seorang lelaki [yang meminati] kereta, itulah had saya,” tambahnya. 



Beliau turut mengakui bahawa CEO baharu itu nanti dapat mengubah arah tuju syarikat dan menjelaskan bahawa beliau perlu "mengundur diri untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih muda untuk memasuki lembaran baharu bagi [mencipta] masa depan mobiliti yang sepatutnya."


PEMBANGUNAN PLATFORM EV


Toyota Motor Corporation dilaporkan akan membangunkan platform EV sepenuhnya dalam usaha untuk mengeluarkan EV secara besar-besaran, lapor Asahi Shimbun, akhbar terkemuka Jepun. 


Strategi baharu ini dikatakan akan meletakkan Toyota sebaris dengan syarikat pengeluar EV lain seperti Tesla. Sekiranya maklumat tersebut tepat – akhbar tersebut tidak menyatakan sumber – ini membuktikan berlakunya satu transformasi besar dalam syarikat tersebut selepas pengumuman peletakan jawatan ini dibuat.




Sebelum ini, Toyota merancang untuk menggunakan platform e-TNGA dalam penghasilan EV, namun platform ini berkongsi ciri yang sama dengan TNGA yang digunakan untuk menghasilkan model petrol dan hibrid, ini menyebabkan EV yang dihasilkan memiliki reka bentuk yang tidak begitu sesuai dengan pelbagai komponen rumit. Secara tidak langsung, kos pengeluaran EV Toyota lebih tinggi daripada sepatutnya. 


Bilakah kita dapat melihat EV Toyota yang menggunakan platform terbaharu ini? Asahi Shimbun mendedahkan Toyota masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara tersebut namun melihatkan daripada permintaan semasa, Toyota mungkin akan berusaha untuk mengeluarkan EV secepat mungkin, antara tahun 2027-2028. 


Sumber: Inside EVs. Car and Driver


Baca: Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Baca: Harga 3 Model Toyota Ini Naik Dari RM2K Ke RM10K Bagi Tahun 2023


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2481

SELANGOR

BSP195

JOHOR

JYU4360

PULAU PINANG

PSB2741

PERAK

APG4968

PAHANG

CFG1528

KEDAH

KGF2077

NEGERI SEMBILAN

NEJ9820

KOTA KINABALU

SJR2831

KUCHING

QAB5253N

Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

21-10-2025
Global

14-10-2025
Global

11-09-2025

Berita Terkini

EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.