Chery Tiggo 9 Bakal Dijual Di China Mei 2023 Ini, Bagaimana Dengan Malaysia?
-full_normal-full_normal.jpg)
Chery Tiggo 9 dijangka akan mula dipasarkan di negara China pada bulan Mei ini sebagai sebuah model dengan tujuh tempat duduk, ini menjadikannya sebagai SUV terbesar selepas Tiggo 8.
Dibangunkan berdasarkan platform M3X, Chery Tiggo 9 dikuasakan oleh enjin petrol berpengecas turbo empat silinder 2.0L dengan output 261 hp/400 Nm dan boleh mencapai kelajuan tertinggi 205 km/h. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan.
Tiggo 9 berkepanjangan 4820 mm, dengan kelebaran 1930 mm dan berketinggian 1699 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2820 mm.

Dari segi rekaan, bahagian depannya didominasi oleh gril berbentuk poligon besar yang mana di tengahnya tersemat logo Chery. Tiggo 9 menggunakan pemegang pintu jenis pop-out untuk memberikan bentuk badan yang lebih moden atau sleek. Model ini menggunakan sama ada rim aloi bersaiz 19 atau 20 inci serta lengkap dengan spoiler belakang.

Tiada imej atau perincian telah didedahkan secara rasmi bagi bahagian dalam kereta, namun berdasarkan imej intipan yang baru-baru ini dikongsikan oleh CarNewsChina, kita dapat melihat dua skrin LCD melengkung berukuran 12.3-inci digunakan sebagai instrumen kluster dan sistem infotainment. Terdapat juga pad pengecas tanpa wayar serta stereng tiga jejari (dengan bahagian bawah rata) yang moden.
-full_normal-full_normal.jpg)
Buat masa ini, masih tiada ura-ura sekiranya Chery Tiggo 9 akan ditawarkan di dalam pasaran di luar negara China. Namun jika dilihat daripada perancangan besar Chery bagi tahun 2023, tidak mustahil sekiranya model ini akan dibawa masuk ke negara-negara Asia lain termasuk Malaysia.
-full_normal-full_normal.jpg)
Baca: 2 Produk Tiggo Dilancar, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro
Baca: Tahniah Chery, Jualan Semakin Melonjak, Berada Dalam 10 Jenama Kereta Terlaris
Baca: Chery Tayang Lima Model Baharu Di Pasaran Malaysia
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge