EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda

Volvo EX30 (kiri) di sebelah Volvo EX90 (kanan) (Foto: Carscoops)
Khabarnya tidak lama lagi, syarikat pengeluar kereta daripada Sweden, Volvo, akan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) terbaharu. Namun untuk keluaran kali ini, Volvo akan menawarkan sesuatu yang berbeza bagi menarik lebih ramai golongan muda terhadap jenama tersebut, lapor Electrek.
Baru-baru ini, Volvo telah mendedahkan 6 model EV yang bakal dilancarkan dan ini termasuk EX30, yang dikatakan sebagai sebuah EV “terkecil dan termurah” yang pernah dihasilkan Volvo.
Ketua Pegawai Operasi Volvo, Jim Rowan berkata, “SUV lebih kecil” itu akan didedahkan kepada umum pada 15 Jun nanti. Menurut beliau, “SUV baharu yang lebih kecil itu adalah penambahan terbaharu dalam barisan [EV]. Demografi usia di Volvo terlalu berumur daripada apa yang kami inginkan. Kami ingin menarik lebih ramai orang muda kepada jenama ini.
Volvo EX30 (kiri) di sebelah Volvo EX90 (kanan) (Foto: Carscoops)
"Saya fikir itu akan menjadi titik harga yang sangat baik pada tahap permulaan. Sangat selamat, jarak gerak yang bagus, saiz yang baik, lebih kecil daripada 40. Buat pertama kali, kami ingin menarik demografi yang berbeza. Dan mungkin demografi inilah yang akan membuat pembelian secara dalam talian.”

Buat masa ini, maklumat terperinci mengenai EX30 masih belum didedahkan namun apa yang pasti model ini akan ditawarkan pada harga permulaan yang rendah, dengan reka bentuk yang tampil lebih ‘berani’ dan berukuran jauh lebih kecil daripada EV lain yang pernah dikeluarkan Volvo.
SUV kecil itu nanti akan dibina berdasarkan platform SEA Geely, platform sama yang akan digunakan dalam penghasilan Polestar 4.

Baca: Volvo Catat Rekod Jualan Memberangsangkan, Kereta Volvo Laku Keras Tahun Lalu
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.
19-01-2026
GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi
GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.
17-09-2025
Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.
19-08-2025
Lagi Model BYD Bakal Dilancar, Kali Ini, Denza N9, Macho Habis
BYD Denza N9 akan dilancarkan secara rasminya pada Mac ini.
04-02-2025
Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia, SUV, 4X4, Trak Pikap
Hati-hati buat semua pemilik kereta SUV, 4X4 dan trak pikap kerana kenderaan ini menjadi sasaran pencuri.
12-11-2024
GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta
GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).
29-05-2024
GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K
WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.
18-04-2024
SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?
GWM beri petanda akan bawa masuk GWM Tank 300 di Malaysia tidak lama lagi.
08-02-2024
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
