Geely Bakal Lancar Sedan EV, Ada Pintu "Suicide", Guna Platform SEA

Nampaknya, Geely membuka tirai 2023 dengan menyiarkan beberapa imej teaser sedan kenderaan elektrik baharunya yang mungkin akan dilancarkan pada tahun ini.
Membelek imej teaser itu, penulis mendapati fastback empat pintu ini menerima pintu terbalik atau “suicide door” seperti yang digunakan pada Rolls-Royce.
Malah, rekaan lampu hadapannya pula berbentuk tiga dimensi dengan jalur lampu nyalaan siang berbentuk-L dan garis bumbung dilihat seolah-olah fastback dan terdapat juga garis hud yang panjang.

Imej acah yang sengaja digelapkan ini turut menonjolkan rekaan pemegang pintu yang bercahaya.
Sementara itu, beberapa akhbar tempatan melaporkan ada kemungkinan besar, sedan ini akan menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) dari Geely.
Selain info di atas, tiada butiran lanjut yang dikongsi dan tiada sebarang gambar ruang kabin didedahkan.
Apapun, kita tunggu pengumuman pelancaran sedan EV ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Rolls Royce Dihiasi Berlian Curi Perhatian
Orang ramai terkejut besar selepas melihat sebuah Rolls Royce yang berharga lebih £250,000 (RM1.34 juta) dipenuhi dengan butiran ‘berlian’.
19-12-2022
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
