ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Isuzu D-Max Pecah Rekod! Terjual 9,211 Unit Pada 2022

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Isuzu Malaysia telah melabuhkan tirai tahun 2022 dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya memecahkan rekod jualan Isuzu D-Max dengan jualan sebanyak 9,211 unit, hanya kurang beberapa unit sahaja untuk mencapai jualan sekali ganda berbanding tahun sebelumnya. 


Ini juga merupakan rekod terbaharu syarikat yang belum pernah dicapai sebelum ini, mengatasi rekod jualan trak pikap yang terjual sebanyak 6,480 unit pada tahun 2016. 




Pencapaian ini disumbangkan oleh model 1.9L yang menarik perhatian orang ramai kerana kecekapannya dan juga kos pemilikannya yang rendah selain tampil menarik dalam segenap aspek membabitkan reka bentuk, kelengkapan, prestasi dan juga ciri keselamatan. 


Varian 1.9L mengisi 79% daripada portfolio keseluruhan jualan di Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia di mana 55% daripada jumlah keseluruhan trak pikap terjual. 




Turut menjadi perhatian ramai ialah varian andalan (flagship) X-Terrain dalam segmen trak pikap gaya hidup walaupun masih lagi segar dalam pasaran. Setakat ini, syarikat telah menyerahkan sejumlah 877 unit kepada pelanggan yang tertarik dengan gaya luarannya yang segak serta ruang kabinnya yang luas dan selesa, selain memiliki prestasi yang baik dan dilengkapi ciri keselamatan yang terkini. 


Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, “Walaupun berdepan dengan kekurangan stok dari kilang, Isuzu D-Max generasi ketiga mencapai tahap membanggakan dari segi penembusan pasaran. 




“Dengan rekaan menawan dan segar, generasi terkini Isuzu D-Max membawakan tahap baru dalam keselesaan pemanduan trak pikap, tanpa mengorbankan warisan dan ketahanan sedia ada Isuzu. Ia benar-benar mewakili semangat sebuah trak pikap moden,” tambahnya. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

03-06-2026
Kereta Baru

05-11-2025
Berita Auto

29-07-2025
Berita Auto

21-04-2025
Kereta Baru

26-02-2025
Kereta Baru

14-01-2025
Kereta Baru

17-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.