- Berita
- Berita Auto
- KPDN Beri Touch 'n Go Tempoh 1 Minggu Untuk Menyediakan Pelan Tindakan Susulan, 8 Isu Ini Akan Diselesaikan
KPDN Beri Touch 'n Go Tempoh 1 Minggu Untuk Menyediakan Pelan Tindakan Susulan, 8 Isu Ini Akan Diselesaikan
d-full-full_normal.jpg)
Baru-baru ini, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa pasukan khas daripada kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk wakil daripada Touch 'n Go (TNG).
“Mesyuarat Pasukan Tugas Khas ini telah dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof. Pelbagai isu berhubung perkhidmatan yang ditawarkan khususnya terhadap pengguna-pengguna lebuhraya telah dibincangkan,” katanya dalam satu kenyataan.
-full_normal-full_normal.jpg)
Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan isu yang dihadapi orang ramai membabitkan TNG iaitu:
Kesukaran untuk memperoleh kad TNG dan peranti SmartTag di pasaran
Tempoh tamat kad TNG yang tidak disedari terutama pengguna MyKad
Kesukaran mendapatkan bayaran balik baki wang dalam kad TNG
Proses pemindahan baki ke kad TNG yang baru mengambil masa yang lama
Isu berkaitan penggunaan kad Visa TNG terutama bagi pembayaran tol
Penjualan kad TNG di platform atas talian oleh pihak ketiga pada harga yang berganda
Masalah laluan di lorong RFID yang tidak lancar
Kekurangan isi ulang baki TNG
-full_normal-full_normal.jpg)
Hasil perbincangan tersebut, kementerian telah mengarahkan TNG untuk menambah bilangan lokasi jualan kad TNG. Selain itu, TNG juga diminta untuk memaklumkan kepada pengguna dengan awal tentang tarikh luput kad.
“(Tindakan lain adalah) menambah baik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki, selain arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan pasar atas talian untuk menurun iklan jualan kad TNG daripada pihak ketiga yang tiada kebenaran menjual daripada pihak syarikat TNG,” katanya.
-full_normal-full_normal.jpg)
-full_normal-full_normal.jpg)
Untuk menyelesaikan isu kekeliruan penggunaan kad visa TNG, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak TNG perlu melakukan advokasi untuk memberi penjelasan kepada penggunaan bahawa kad tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang, dan bukannya untuk pengangkutan awam dan tol.
Bahagian Penguatkuasaan KPDN akan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang menjual kad TNG pada harga lebih daripada yang ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Bagi menangani isu membabitkan RDID, Salahuddin berkata,“Syarikat konsesi perlu segera menambah baik keupayaan teknologi imbasan RFID bagi mengelakkan kesesakan.”
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Syarikat Perancis, Alpine Car Lancarkan Kereta Konsep Kripto Pertama
Pengeluar kereta lumba yang berpangkalan di Perancis, Alpine Car, mengeluarkan kereta konsep baharu.
30-12-2021
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
Ramai Betul Guna RFID
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan RFID menjelang penghujung 2024.
16-10-2023
Pengguna Touch N' Go E-Wallet Hilang Ribuan Ringgit Kerana Digodam!
Anda salah seorang pengguna Touch n' Go E-Wallet? Baca artikel ini.
21-02-2022
Kenapa Perlu Masuk Lebuh Raya Sebelum Pukul 9 Pagi? Ini Kata PLUS!
Plus menggesa pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya memulakan perjalanan lebih awal sebelum pukul 9 pagi bagi tempoh 5 hingga 6 Februari 2022.
04-02-2022
Ada Berita Baik, JPJ Sedia Transaksi e-Dompet Di Semua Kaunter Di Seluruh Negara
JPJ kini menyediakan transaksi menggunakan e-dompet untuk semua urus niaga di kaunter JPJ seluruh negara.
28-08-2025
Anda Kini Boleh Isi Minyak, Bayar Terus Guna TNG eWallet, Kini Tersedia Di Lebih 1,000 Stesen Minyak Petronas
Ciri baharu ini boleh diakses melalui program mini ‘PETRONAS via Setel’ yang tersedia dalam aplikasi TNG eWallet.
23-06-2025
JPJ, TNG Bekerjasama, Mudahkan Orang Singapura Mohon RFID VEP
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalinkan kerjasama dengan Touch ‘n Go (TNG) bagi memudahkan permohonan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).
23-09-2024
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge