Pendaftaran Minat EV E-Tron GT & Q8 E-Tron Kini Dibuka Di M'sia, Pelancaran Tidak Lama Lagi?

Pengedar rasmi kenderaan berjenama Audi, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) kini telah membuka pendaftaran minat untuk kenderaan elektrik iaitu e-tron GT dan Q8 e-tron melalui laman sesawang rasmi Audi Malaysia.

Berdasarkan laman pendaftaran tersebut, SUV elektrik Q8 e-tron yang akan dibawa masuk nanti adalah dalam dua rekaan iaitu versi standard dan Sportback, kedua-dua bentuk badan ini akan ditawarkan dalam dua varian, 50 dan 55. Sementara e-tron GT pula akan ditawarkan dalam versi biasa iaitu e-tron GT quattro dan versi lebih ‘hangat,' RS e-tron GT.
SALOON SPORT E-TRON GT

Kedua-dua varian model saloon sport e-tron GT itu hadir dengan sistem dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD) yang dikuasakan oleh bateri 84 kWh yang menjanjikan jarak perjalanan mencecah 501 km. Dari segi prestasi, e-tron GT quattro memiliki output maksimum 476 hp/630 Nm, sementara versi RS pula dengan kuasa lebih tinggi iaitu 598 hp/830 Nm. Masing-masing mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.1 saat dan 3.3 saat.
Menggunakan platform 800V yang sama seperti dalam Porsche Taycan, saloon sport e-tron GT ini boleh menyokong sistem pengecas biasa AC dengan input maksimum 22 kW dan pengecas pantas DC 270 kW.
SUV Q8 E-TRON

Varian asas, Q8 e-tron 50 turut menggunakan sistem dwi-motor dan AWD seperti pada e-tron GT, namun ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti lebih tinggi, 89 kWh. Versi badan standard dikatakan dapat mencapai jarak hingga 491 km, sementara Sportback pula 505 km.


Varian lebih tinggi, Q8 e-tron 55 pula dikuasakan oleh pek bateri 106 kWh (dengan sistem dwi-motor dan AWD yang sama). Varian ini memberikan kereta output setinggi 408 hp/664 Nm. Varian Q8 e-tron ini dikatakan mampu mencapai jarak gerak sehingga 582 km dalam bentuk badan standard dan 600 km dalam bentuk badan Sportback.


Q8 e-tron boleh dicas dengan pengecas AC dan DC. Untuk AC, kadar input maksimumnya ialah 11 kW atau 22 kW dengan pilihan naik taraf ditawarkan Audi untuk pasaran tertentu. Untuk pengecas pantas DC, Q8 e-tron 50 boleh menerima input tertinggi 150 kW dan Q8 e-tron 55 pula sehingga 170 kW.
Buat masa ini, PHSAM masih belum mendedahkan maklumat lengkap mengenai pakej kemasan kabin yang ditawarkan, pilihan tambahan lain, anggaran harga mahupun tarikh pelancaran. Namun, pembukaan pendaftaran minat ini menandakan pelancaran rasminya di negara kita berkemungkinan besar akan diadakan tidak lama dari sekarang.
Bagi yang berminat dengan model yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Porsche Taycan ini, boleh daftarkan minat anda di pautan berikut: Audi.com.my/e-tron-1
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas
Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 2,453 unit kenderaan elektrik (EV) didaftarkan. Apa model terlaris?
01-07-2024
Bahan Dalam Ubat Gigi Bantu EV Gerak Lebih Jauh, Bateri Tahan Lebih Lama?
Penemuan terbesar dalam teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) didedahkan.
03-07-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!
Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.
18-04-2023
BYD Seagull, EV Sekecil Axia Ini Boleh Capai Jarak 405KM Dengan Cas Penuh
BYD China telah mendedahkan imej rasmi kenderaan elektrik (EV) kompak keluaran syarikatnya, BYD Seagull.
03-04-2023
Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.
27-03-2023
MITI Sentiasa Kaji Semula Dasar Automotif Nasional
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa mengkaji semula Dasar Automotif Nasional (NAP 2020).
17-03-2023
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat