ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan  jualan empat tahun berturut-turut yang melonjakkan jualan keseluruhan kepada jumlah tertinggi sejak tahun 2013. Syarikat menutup bukunya dengan 141,432 unit terjual (domestik dan eksport) iaitu peningkatan sebanyak 23.3% berbanding tahun lalu. 


Jenama automotif nasional ini berjaya berdepan dengan cabaran seperti gangguan bekalan alat ganti kerana banjir dan juga kekurangan cip secara global pada empat bulan pertama, yang memberikan kesan negatif kepada jumlah jualan.


Proton turut berkongsi dalam satu kenyataan bahawa jumlah  jualan untuk pasaran antarabangsa meningkat kepada 5,406 unit, berkembang sebanyak 79.1% sehingga membolehkan Proton mengakhiri tahun ini sebagai pengeksport utama industri. 


"Secara keseluruhannya, syarikat telah mengekalkan kedudukannya di tangga kedua di dalam industri dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 19.6 peratus.


"Jumlah Keseluruhan Volum Industri (TIV) untuk 2022 dianggarkan melebihi 720,000 unit, satu catatan industri baharu yang tinggi, di samping jualan Disember yang memecahkan rekod.


"Jualan untuk lima daripada enam model Proton meningkat pada 2022 dengan tiga model mengakhiri tahun itu sebagai peneraju segmen," jelas Proton dalam kenyataan tersebut. 


MODEL TERLARIS


Proton X50 tampil sebagai SUV terlaris negara dengan jualan pada bulan Disember mencecah 3,764 unit, sementara jualan keseluruhannya mencecah 40,681 unit tahun lalu, 41.4% lebih tinggi berbanding 2021. 


Proton Saga pula kekal menjadi produk terlari Proton dengan jualan 5,913 unit  pada bulan Disember dan 55,878 unit untuk keseluruhan 2022,  peningkatan 31.1% berbanding tahun sebelumnya. 


Jadual di bawah menunjukkan prestasi jualan setiap model Proton:


Model 

Jumlah unit terjual 

Jumlah jualan 2022 

Pencapaian jualan untuk Disember 2022

Saga 

5,913 

55,878 

Jualan kedua tertinggi sedan segmen-A 

Persona 

2,322 

16,357 

Jualan ketiga tertinggi sedan segmen-B

Exora 

438 

4,275 

Jualan tertinggi MPV segmen-C 

Iriz 

526 

5,708 

Jualan keempat tertinggi segmen-C hatchback

X70 

1,787 

18,533 

Jualan tertinggi SUV segmen-C 

X50 

3,764 

40,681 

Jualan tertinggi SUV segmen-B dan secara keseluruhan

Jumlah

14,750 

141,432



HARAPAN BAGI TAHUN 2023


“Melihat ke hadapan di tahun 2023, Proton yakin dapat mencapai lebih banyak pertumbuhan dengan penambahan rangkaian tawaran serta pelancaran model baharu kami pada tahun ini.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah


"Bagaimanapun, kami menjangkakan TIV akan menyusut daripada jumlah rekod 2022 kerana penghantaran pesanan yang dibuat semasa tempoh pengecualian cukai jualan akan dipenuhi pada akhir bulan Mac.


"Kadar faedah juga dijangka meningkat lagi pada tahun ini, menjadikan sukar bagi industri automotif untuk terus meningkatkan jualan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN1917

SELANGOR

BST3325

JOHOR

JD3385J

PULAU PINANG

PSF1846

PERAK

APL1193

PAHANG

CFH5745

KEDAH

KGH7647

NEGERI SEMBILAN

NEL6164

KOTA KINABALU

SJT7821

KUCHING

QAB4746P

Terakhir Kemas Kini 28 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan

PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.

27-08-2026
Berita Auto

Harga Minyak Naik 5 Sen: RON95 Tanpa Subsidi Kini RM3.82

Minyak tanpa subsidi cuma naik 5 sen.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.