Selamat Tinggal Proton, Karamjit Singh Bakal Pandu Myvi Turbo!

Selepas bertahun setia dengan produk Proton, legenda rali negara, Karamjit Singh, 60, akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan Perodua Myvi bagi menghadapi musim baharu Kejuaraan Rali MNRC 2023.
Dengan alasan mahu bertukar angin, beliau yang dikenali sebagai 'Flying Sikh' kini mahu menggunakan Myvi pada kejuraan kali ini.
"Saya sebenarnya peminat PROTON. Dari 1988 dan sehingga sekarang memang saya memandu PROTON tapi sayangnya kami tidak menerima sokongan daripada PROTON. Saya daripada 2017, membeli dan membelanjakan lebih RM500,000 wang sendiri (untuk mengubahsuai kereta Gen 2) sehingga terpaksa keluarkan semua duit persaraan.
"Memang nak cari penaja untuk membuat kereta baharu... 'boss' saya pun kata 'kenapa tidak lupakan PROTON'. Lagipun kereta rali (pada waktu ini) memang menggunakan kereta kecil seperti saiz Myvi kerana senang serta kurang berat untuk dipandu," katanya.

Pada Kejuaraan Rali MNRC 2022, Karamjit bersama pembantunya, Jagdev Singh menggunakan jentera PROTON Gen 2 yang berusia 15 tahun.
Ketika itu, mereka muncul sebagai juara keseluruhan pada perlumbaan berkenaan.
Apapun, Myvi yang bakal digunakan itu bukan calang-calang kerana kentera itu akan disumbat dengan enjin 2.0-liter turbo termasuk sistem pacuan semua-roda (AWD).
Untuk rekod, Karamjit pernah memandu pelbagai model Proton iaitu Saga bermula 1988-1992, Iswara (1993-1994), Wira (1995-1999 dan 2006-2007), PERT (2000-2005), Satria Neo (2011-2015) dan Gen2 dari 2017 sehingga tahun lalu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
