Sikap Tak Peduli, Punca Kereta Rosak

Tahukah anda, ramai pemandu kereta tidak menyelenggara kenderaan mereka terutama ketika mahu melakukan perjalanan jauh
Perkara itu diakui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi facebook rasminya.
Hasil pemantauan JPJ, pihaknya mendapati banyak kereta ‘tersadai’ gara-gara tidak diselenggara dengan baik ketika mereka pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

“Berdasarkan pemantauan dari 18 hingga 23 Januari lalu, banyak kereta rosak akibat enjin terlampau panas, bampar/skirting tertanggal, tayar haus, botak, wiring terbakar dan beberapa isu teknikal lain.

“Untuk itu, JPJ ingin menasihatkan orang ramai supaya menyelenggara kenderaan dan melakukan pemeriksaan di Puspakom sebelum melakukan perjalanan jauh,” katanya dalam satu kenyataan.

Langkah ini dilihat penting bagi memastikan kelancaran trafik terutama musim perayaan selain dapat mengelak kereta daripada terbakar.
Sekadar info, penyelenggaraan kereta adalah amat penting bagi memastikan ia selamat digunakan di atas jalan raya.
Sedar atau tidak, kereta yang tidak dihantar untuk menjalani servis berjadual mempunyai potensi untuk rosak pada bila-bila masa terutamanya pada waktu yang tak diduga.
Adalah wajib untuk anda menghantar kenderaan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ke pusat servis bertauliah bagi menjamin keselamatan kenderaan dan pengguna ketika berada di jalan raya.
Malangnya, ramai tidak peduli, asalkan enjin kereta itu dapat dihidupkan dan bergerak seperti biasa.
Natijahnya, kereta itu cepat rosak, tidak kekal lama dan sebenarnya ia boleh meragut nyawa anda, sekiranya ia terbakar di tengah jalan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ
JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.
01-07-2026
Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029
Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.
23-06-2026
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat