Generasi Seterus Perodua Bezza "MUNGKIN" Macam Ini?

Gelombang panas Perodua Axia 2023 (2023) baharu memang menjadi. Bermula dari sebelum hingga selepas pelancaran Axia terus menjadi topik perbualan hangat di semua media sosial.
Manakan tidak, Perodua Axia ialah nama besar dan ada ramai peminatnya disebabkan ia merupakan salah satu kereta rakyat marhaen.
Namun Axia baharu kali ini agak mahal sedikit memandangkan ia lebih besar, kit badannya lebih panjang dan sarat dengan pelbagai ciri canggih termasuk reka bentuknya yang lebih mengancam!
Biarpun, kehangatan Perodua Axia 2023 masih belum reda, kami di CariCarz.com dapat menjangkakan pengeluar kereta tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menggengam satu lagi produk yang bakal menawan hati rakyat Malaysia.
Sudah pastinya, tidak lain, tidak bukan kereta sedan segmen-A, Perodua Bezza! Ia berikutan selepas pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin atau Theottle mendedahkan reka bentuk terbaharu, Perodua Bezza.
Chin sekali lagi tular di internet selepas menyiarkan gambar render Perodua Bezza yang dilihat seakan-akan sama seperti Perodua Axia baharu.


Anda boleh membelek gambar-gambar lakaran komputer Chin di internet dimana sebahagian jentera itu kelihatan tidak berubah dengan begitu ketara.
Namun, terdapat perbezaan di bahagian punggungnya yang mana Chin telah mengambil inspirasi daripada sedan Toyota Yaris Ativ generasi terbaharu.

Ia kelihatan berasas kerana Yaris Ativ juga akan hadir seakan Vios dalam pasaran kita nanti dan dibangunkan berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture seperti mana yang dilakukan pada Axia
Ciri-ciri Yaris Ativ dapat dilihat menerusi lampu belakang, bampar dan juga aksen bampar bawah.


Tidak terkecuali, Chin juga dilihat mengekalkan bentuk asal Axia, dan hanya memperbaiki lengkung bingkai tingkap belakang dan tiang-C supaya ia selari dengan but belakang.
Pendek kata, hasil karya Chin menunjukkan Axia 474A agak sama dengan Bezza baharu ini.
Untuk makluman, model Bezza yang sedia ada masih kukuh di pasaran tempatan memandangkan ia salah satu model Perodua yang paling laris setakat ini.
Ada juga desas-desus mengatakan bahawa Bezza baharu ini akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada Perodua!
Tetapi apa pula pandangan anda mengenai Bezza baharu ini?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya
Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.
28-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung
Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.
01-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing
Bagi yang mahu menceburi bidang e-hailing, ini 4 model kereta yang boleh dipertimbangkan.
07-04-2026
Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025
Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.
13-01-2026
Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat
Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.
11-12-2025
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

