"Kami Tidak Jual Kereta Murah," Itu Kata Presiden, CEO Perodua

Sebut sahaja kereta Perodua, mungkin ada yang menganggap ia kereta murah?

Namun Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin menegaskan pihaknya bukan pengeluar kereta yang menghasilkan kereta murah sebaliknya bernilai dan berbaloi untuk dimiliki.
Beliau berkata demikian kepada CariCarz.com ketika diminta mengulas mengenai kenyataan “We are not selling cheap cars but optimised cars” pada sidang akhbar majlis prebiu Perodua Axia 2023 Rabu lalu.

“Seperti sedia maklum, model-model yang dijual oleh Perodua adalah “kereta dengan kos yang dioptimakan”. Ini bermakna Perodua mahu memberikan lebih nilai, jadi kita cuba untuk memberikan spesifikasi yang terbaharu tetapi pada harga yang berpatutan.
“Apa yang kita nak adalah kita bukan sekadar mahu menyediakan mobiliti tetapi menyediakan mobiliti dengan keselesaan, kesenangan dan terdapat kesemua perincian supaya rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi terkini dan memenuhi keperluan mobiliti,” ujarnya.

Sekadar info, Perodua Axia serba baharu yang tempahannya dibuka baru-baru ini, dijual pada harga bermula RM38,600 hingga RM49,500 seunit.
Model serba baharu Axia itu ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV, bagi menggantikan Axia sedia ada ketika ini yang sudah menamatkan pengeluaran pada Disember 2022.
Kesemua varian itu dilengkapi enjin satu liter dengan DCVT (Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan) dan didatangkan dalam lima warna iaitu Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White dan serta warna baharu, Coral Blue.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA
MIROS akan berjumpa dengan pihak PERODUA dalam masa terdekat ini.
02-05-2023
MELAMPAU: Daihatsu Sanggup Tipu Ujian Keselamatan
:Daihatsu mengakui pihaknya sanggup melakukan penipuan dalam ujian keselamatan yang membabitkan 4 model kereta. Keselamatan,
29-04-2023
Semakin Ramai Tempah Axia 2023, Perodua Sasar Tempahan 5,700 Sebulan
Sejak tempahan Perodua Axia 2023 dibuka, sebanyak, 3,591 unit sudah ditempah setakat hari ini dimana varian SE dan AV mendapat tempahan paling tinggi.
08-02-2023
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

