McLaren 720S Dihentikan Tapi Model Penggantinya Sudah Habis Dijual?

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, pengeluaran model supercar 720S akan dihentikan pada tahun ini namun Mclaren sudah pun merancang untuk memperkenalkan model penggantinya.

Apa yang cukup mengejutkan ialah model penggantinya itu sudah habis terjual sehingga tahun 2024.
Untuk itu, beberapa butiran mengenai model pengganti sudah tersebar meluas di internet.
Menurut sumber Automotive News, model pengganti ini, 750S merupakan versi penambahbaikan bagi 720S.
Ini bermakna 750S menjanjikan akan lebih agresif berbanding 720S yang menawarkan campuran cukup sempurna antara model terbaharu dan 765LT.

Sumber itu turut menyebut ia menampilkan gayaan baharu bermula dari bahagian luaran sehingga dalaman.
Ia juga akan dilengkapi dengan bampar hadapan baharu, salur masuk udara sisi yang lebih besar, sayap belakang sepert 765LT, terdapat skrin infotainmen digital dan paparan pemuka model kereta sport Artura plug-in hybrid (PHEV).

Selain itu, ia juga menjanjikan daya prestasi yang cukup luar biasa. Manakan tidak, ia dipadankan dengan enjin 8-Silinder V8 berkod M840T bersesaran 4.0L. Enjin ini merupakan evolusi daripada enjin M838T bersesaran 3,798.6cc(3.8L) dari model McLaren 650s.
Sesaran enjin ini tidaklah besar mana, namun ia mampu untuk menghamburkan kuasa sekuat 710hp.

Sementara itu, butiran lain yang dilaporkan termasuk pengesahan McLaren bahawa ia tidak bercadang untuk menghasilkan varian LT 750S yang dijalankan secara terhad dan lebih ekstrem.

Apapun, 750S berkemungkinan akan ditayang pada April 2023 kerana McLaren sudah bersedia untuk mendedahkan beberapa imej teasernya pada bulan ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge