ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Motors Buka Pusat 4S Pertamanya Di Sarawak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membuka pusat 4S (Jualan, servis, alat ganti & sistem) pertamanya di Bintulu, Sarawak baru-baru ini.

Ia yang akan dikendalikan oleh pengedar sah Auto Pasifica Sdn Bhd akan meningkatkan jumlah rangkaian pengedar kepada tujuh bilik pameran di Bumi Kenyalang.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, Auto Pacifica telah beroperasi sebagai pengedar Mitsubishi Motors sejak 2007 sebaik MMM ditubuhkan pada 2005.


“Maka, ia merupakan pengedar yang  tidak asing kepada keluarga Mitsubishi Motors. Selain pusat di Bintulu ini, Auto Pacifica juga mempunyai sebuah bilik pameran Mitsubishi di Miri dan akan datang bakal melancarkan cawangan ketiganya di Kota Samarahan pada akhir Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebagai pengedar berprestasi tinggi MMM yang menyumbang kepada pertumbuhan pasaran Mitsubishi Motors dan menjadikan Triton kedua teratas terbaik di Sarawak dan Malaysia.


Auto Pacifica komited untuk memenuhi keperluan pelanggan Mitsubishi dengan meningkatkan perkhidmatan dan pengalaman jenamanya.

"Kami berterima kasih atas perkongsian perniagaan ini dan pengedar premium yang terus berkembang dengan mencapai pertumbuhan dari tahun ke tahun," katanya.

Lot kedai dua tingkat yang dibina di atas keluasan tanah  10,000 kaki persegi, dikatakan mewakili identiti jenama Mitsubishi Motors dengan mesej jenama global 'Drive Your Ambition.'

Untuk makluman, fasiliti ini dilengkapi dengan  ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan Wi-Fi dan sudut kanak-kanak.

Ia juga dilengkapi dengan pusat servis yang serba lengkap dengan lima ruang yang sedia untuk memberikan khidmat kepada setiap kenderaan Mitsubishi. 

Malah, pelanggan juga boleh membuat pembaharuan insurans dan tukar beli kenderaan di pusat terbabit.

Bagi orang Sarawak yang mahu mengunjungi premis ini, Auto Pacifica ini terletak di Lot 4463 hingga 4470 (Tingkat Bawah) dan Lot 4467-4468 (Tingkat 1), Rumah Kedai Bertingkat Pier 99-3, Pecahan Lot 4474, 97000 Bintulu.

Ia dibuka dari Isnin hingga Sabtu pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan pada Ahad dari 10 pagi hingga 2 petang.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6694

SELANGOR

BST4219

JOHOR

JD5319J

PULAU PINANG

PSF2926

PERAK

APL2162

PAHANG

CFH6117

KEDAH

KGH8429

NEGERI SEMBILAN

NEL6739

KOTA KINABALU

SJT8721

KUCHING

QAB5081P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-04-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

13-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.