Pekerja Ferrari Dapat "Durian Runtuh", Bonus Cecah Puluhan Ribu

Bagi menghargai kerja keras kakitangan bawahannya sehingga mencapai prestasi yang cukup cemerlang pada tahun lalu membuatkan Ferrari menawarkan bonus kepada 5,000 kakitangannya baru-baru ini.
Untuk makluman, Ferrari telah berjaya mengedarkan 13,221 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 18.5 peratus berbanding tahun 2021.

Jualan Ferrari juga dilihat melonjak disebabkan pengenalan model baharu Purosangue. Jentera itu menerima permintaan cukup luar biasa sekali gus mengatasi sasaran awal Ferrari.
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna berkata, kebanyakan pekerjanya akan menerima bonus sehingga €13,500 (RM62,814), atau kenaikan 12.5 peratus berbanding tahun sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Vigna memberitahu bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk mengubah rantaian bekalan kerana tiada sebarang kesan besar.
Sebaliknya, Ferrari turut menjangkakan kenaikan harga untuk tahun 2023 bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran yang disebabkan oleh inflasi.
Bagi mengekalkan jualannya, Ferrari dikatakan akan memperkenalkan empat model baharunya pada tahun ini.

Salah satu daripadanya merupakan model Roma convertible dan model V12 enjin depan yang akan menggantikan peranan 812.

Vigma juga mengakui bahawa pihaknya akan melancarkan kenderaan elektrik sepenuhnya pada tahun 2025 dengan menawarkan model plug-in hybrid 296 GTB/GTS dan 488 GTB/Spider.

Selain itu, sebuah hypercar baharu akan menggantikan 9LaFerrari dalam masa tiga tahun lagi.
Secara keseluruhannya, 15 model akan didapati di pasaran menjelang tahun 2026.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat