- Berita
- Berita Auto
- Raytech Films Catat Rekod "Pasang Paling Banyak Penapis Haba Dalam Setahun" - Lebih 54,000 Kereta Sudah Dipasang
Raytech Films Catat Rekod "Pasang Paling Banyak Penapis Haba Dalam Setahun" - Lebih 54,000 Kereta Sudah Dipasang

Premis Raytech Films di Serdang.
Syarikat pemasangan Filem Penapis Haba Raytech (Raytech Films (M) mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini.
Ia susulan daripada usaha cemerlangnya kerana telah berjaya memasang filem penapis haba ke atas lebih 54,250 kereta sepanjang tahun 2020.
Pemasangan ini dibuat di seluruh rangkaian cawangannya termasuk di Malaysia Timur dimana terdapat 35 cawangan flagship.
Menerusi bilangan pemasangan itu, ia membolehkan Raytech Films mencatatkan rekod baharu MBOR, Memasang Penapis Haba Paling Banyak Dalam Setahun.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Raytech Films, James Goh berkata, pengiktirafan yang diterima daripada MBOR sekali gus membuktikan perkhidmatan dan produknya adalah berkualiti tinggi.

JAMES.
“Untuk itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada konsultan penapis haba dan pakar kami yang bekerja sepanjang waktu semata-mata untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan.
“Pihak Raytech cukup berbangga dengan pencapaian ini dan kami kini menyasarkan untuk melakukan lebih banyak pemasangan penapis haba pada masa akan datang,” katanya selepas menerima sijil MBOR.

James (kanan) menerima sijil MBOR baru-baru ini.
Pada majlis penyerahan sijil, wakil MBOR menyerahkan sijil MBOR kepada James Goh dalam satu acara yang diadakan di ibu negara.
Menerusi pengiktirafan itu, tambah James, ia mencerminkan Raytech Films merupakan satu jenama yang boleh dipercayai terutama apabila dikaitkan dengan filem penapis haba cermin kereta.
“Kami bertekad untuk menjadi jenama yang boleh dipercayai dengan sepenuhnya apabila para pelanggan mencari filem penapis haba yang sesuai untuk kereta mereka,” ujarnya.
Untuk makluman anda, Raytech Films diasaskan pada tahun 2004. Sejak itu, ia berkembang meluas di pasaran tempatan dan luar negara.




Sebagai bukti, flem penapis haba, Raytech Films telah menembusi beberapa pasaran luar negara seperti di Thailand, Indonesia, Kemboja, Hong Kong, China, Qatar, Oman, Kuwait, Australia, New Zealand dan banyak lagi.
Sejak itu, Raytech Films cukup berbangga kerana dapat meyalurkan produk dan perkhidmatan pemasangan pakar yang tulen dan berkualiti tinggi untuk pelanggannya.

Malah sebahagian besar keluaran filem penapis haba mempunyai sijil yang mematuhi piawaian pelbagai agensi seperti TUV Nord, Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI) dan SIRIM Malaysia.
Buat masa ini, Raytech Films mempunyai pelbagai pilihan produk filem penapis haba cermin kereta yang sudah pastinya memenuhi keperluan dan bajet pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama, produk dan perkhidmatannya, termasuk lokasi cawangannya, anda boleh melayari laman sesawang Raytech Fillms di Raytechfilms.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Raytech Pecah Rekod! Pasang Tinted Kereta Terbanyak Dalam Setahun! – 67K Kereta!
Raytech Films (Raytech Films (M) Sdn Bhd) telah berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.
07-07-2023
Pengecas EV ChargeSini Kini Di Terminal 1, Seremban
Pembekal perkhidmatan dan penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini telah memperluas rangkaian pengecas EV syarikat.
06-03-2023
Raytech Pecah Rekod! Pasang Tinted Kereta Terbanyak Dalam Setahun! – 67K Kereta!
Raytech Films (Raytech Films (M) Sdn Bhd) telah berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.
07-07-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge